Thursday, January 7, 2016

Pertukaran Nurani

Pertukaran Nurani


seorang suami
menentang raungan isteri
menghantar bayi
yang tidak dikehendaki
ke dalam sebuah lori


seekor ibu kucing
menerkam dan mencakar
sesiapa yang menghampiri
bayi kesayangannya
yang sentiasa dijaga rapi

kucing dan manusia
bolehkah bertukar hati nurani
atau bapa mempelajari makna
kasih sayang dan hati budi




karya: Zaharah Nawawi

No comments:

Lihat ini Juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...