Thursday, January 7, 2016

Cerita Kucing 1

Budak kampung kongsikan puisi ini sebagai post yang pertama buat tahun ini. Ye la kannn....i ni kan suka bela kucing. Ada empat ekor kucing kat umah ni...yang tua dan yang muda...

nak tau siapa?? nanti budak kampung siarkan dalam post yang seterusnya.

sebelum tu,,,,ayuh kita hayati puisi ringkas dan mendalam ini yang dinukilkan oleh salah seorang penulis puisi terkenal... first time baca puisi pasal kucing,,,,, hik..hik...hik... meowwww




Cerita Kucing 1

umat Muhammad mencari sunnah dan barakah Rasulnya
kurma Nabi ratusan rial sekilo menjadi kebanggaan
beristeri empat menjadi impian
pameran sehelai janggut Nabi menjadi buruan
menyuap makanan dengan dua jari turut dilakukan

umat Muhammad tahu kucing haiwan kesayangan Baginda
cuma,
kerana najis kucing berbau busuk
kencing kucing hancing
kucing hanya tahu makan
kucing tidak memberi penghasilan
maka,
kucing menjadi kebencian
penyakit lelah bulu kucing dikaitkan
kehadiran kucing ditolak mentah-mentah
hidup kucing tidak betah
membela kucing seperti menghimpun masalah

ramai yang masih ingat pada cerita
sesiapa menyayangi haiwan dijanjikan syurga
haiwan kucing sentiasa berzikir+mendoakan kemakmuran tuannya
doa kucing terus sampai ke langit tanpa sebarang hijabnya

namun,
kehidupan kucing diabaikan
dalam usaha mendapatkan sunnah dan barakah Nabi Junjungan
memelihara kucing dipadam dari ingatan


karya: Zaharan Nawawi (Warna dan Wajah)








No comments:

Lihat ini Juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...