Friday, January 30, 2015

Doa buatmu sahabat




Hari ni adalah hari yg penuh dengan sejarah kesedihan..
kau redha kerana kau tau bahawa kau harus pergi dahulu
kau pergi tinggalkan kami buat selamanya..
kau biarkan aku menangisi pemergianmu...
kau hembuskan nafas terakhir di saat yang tidak diduga..
kau ingin pergi jauh untuk menerima jemputan dari Yang Maha Esa

aku merelakan kau pergi sahabat
kerna kau telah minta aku sentiasa bersedia untuk semua ini


aku akan sentiasa ingat segala pesanan dan nasihat ikhlas darimu
aku akan pahatkan segala memori manis sebagai kenangan di saat duka
aku akan titipkan doa kerahmatan dibibirku demi kebahagiaanmu di sana
aku akan terus dan sentiasa akan terus mendoakan yang terbaik kerana itulah yang terbaik untuk dirimu di alam sana


kau tinggalkan memori untuk kenangan
kau tinggalkan nasihat untuk pedoman
kau tinggalkan nukilan untuk tatapan
kau tinggalkan pesanan untuk ingatan
kau tinggalkan segala buat kami agar kami tidak sunyi tanpa kehadiranmu di sini


semoga amalanmu mengiringi pemergianmu
semoga jasa budimu menjadi bekalan
kerana begitu banyak jasa yang kau curahkan
demi kebaikan insan-insan yang kau sayang


aku mohon kepada-Mu ya Allah...
Kau limpahkanlah rahmat ke atas dirinya
Kau damaikanlah jiwanya di alam sana agar dia tidak sunyi
Sampaikanlah doa kami kepadanya
Terbangkanlah kepadanya tiap pahala ikhlas yang kami hulurkan
Kau titipkanlah kalimah-kalimah suci yang dialunkan kepadanya agar dia tidak sepi
Kau lapangkanlah dan terangilah lahadnya ya Allah
dan limpahkan dengan wangian-wangian yang mekar
agar dia sentiasa tersenyum dan terhibur


Sahabatku,
Inilah doaku buatmu
Sampai di sini sahaja tempat persinggahan kita
Biar memori dan coretan ini terus berada di sini
Kerana aku perlu merelakan engkau pergi


Aku tahu
Kau tidak mahu kami bersedih
Kau tidak ingin kami berduka
Kau hanya mahu melihat warna-warna ceria di setiap cerminan wajah sahabatmu
Kau sentiasa ingin kami gembira buat dirimu


Aku di sini
Akan terus tabah berdiri...
meneruskan perjuangan di bumi Allah ini walau tiada lagi kau di sisi
Kerana itu yang kau mahukan
Akau aku jadikan pemergiaanmu sebagai pedoman
Kerana kami juga hamba Allah yang masih punya tanggungjawab sebagai khalifah

Selagi jasad ini masih bernyawa...
Selagi itu doa akan mengiringimu di sana...
Insya-Allah








*Coretan ikhlas buat sahabat baikku...
Seorang yang ceria, peramah, baik hati, memahami, pendengar yang setia, penghibur di kala duka, sabar, cekal, bersemangat, baik tutur bicara dan dialah seorang anak sulung yang sangat bertanggungjawab. Baginya, biarlah mereka semua merasa gembira walau dirinya perlu merasa sedikit derita kerana itulah hasrat dan impiannya. 

3.11 a.m. 
30 Januari 2015 (9 Rabiulakhir 1436H)
Pusat Perubatan Universiti Malaya
beliau hembuskan nafas terakhir di samping ibu dan ayah tersayang
Semoga rohmu aman di sana
alFatihah

Cr. Nazirul Naim Yuhaidi















No comments:

Lihat ini Juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...