Wednesday, June 4, 2014

Setahun di sini

Setahun di sini mengundang seribu satu jiwa dan rasa tersemat di dalam kotak minda.
Setahun di sini mungkin lebih setahun di sini.
Setahun di sini membawa aku untuk berada setahun lagi di sini.
Aku jatuh, ak bangun, aku rebah, belum tentu aku pasrah.
Aku suka belum tentu aku cinta.
Aku punya perasaan, punya cerita suka dan duka.

Setahun di sini telah aku pelajari pelbagai kisah,
Telah aku soroti babak cemas serta plot konflik.

Aku di sini kerana aku pun tak mengerti aku di sini.
Takdir yang menentukan aku di sini.
Tapi aku ada kisah disebalik mengapa ku di sini.
Ku di sini kerana aku ingin mengenali dan menemani.
Biar aku di sini sehingga tiada lagi kisah untuk aku harungi.
Biar aku hiba walau tiada yang ingin menduga.

Setahun aku di sini kerana aku yakin dan percaya aku akan akhiri sesuatu di sini.
Keyakinan aku tidak menjamin apa-apa andai rasa resah dan putus asa mengundang di jiwa.
Teman, sahabat, aku ada mereka.

Aku rindu saat pertama aku di sini.
Aku punya teman yang mendengar dan senyum di kala aku bercerita.
Aku ada mereka yang muncul seketika dan seketika.
Setahun di sini, akan berubah dalam setahun di sini.

Tanggungjawab aku belum selesai walau setahun sudah lama berlalu.
Aku perlu kuat walau rasa hiba mencakar jiwa.
Walau rasa rindu kian menyentuh kalbu yang curiga.

Terima kasih Ibnu Sina.
Biar setahun atau setahun lagi.
Aku masih hamba kepada-Nya.

Lihat ini Juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...