Thursday, June 14, 2012

Samudera Kehidupan




Hidup ini ibarat awan yang berarak di langit biru
Kadangkala mendung
Kadangkala putih
Kadangkala kelabu.

Dan lautan seluas saujana mata memandang itu
Amat luas untuk direnangi
Amat sukar untuk ditelusuri
Dan kita perlu berusaha selagi mampu
Selagi kudrat masih ada
Selagi jasad bertunjang nyawa.

Maka, demikian kehidupan
Dosa laksana pepasir di pantai
Ilmu ibarat seluas hamparan lautan
Di situlah rezeki
Di sanalah cabaran
Perlu diredah dan diselami
Dengan kesabaran dan ketaqwaan.


-aRiL-






gambar2 ini adalah hasil ilham di pulau langkawi, 2009











>_<"

No comments:

Lihat ini Juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...