Tuesday, June 5, 2012

Panas

Hari ini, kala ini,
malah semalam mahupun kelmarin,
semua orang berbicara tentang panas,
menaip tentang panas di ruang-ruang maya,
di muka-muka buku,
di mana-mana
tatkala badan panas,
bertambah panaslah apa-apa saja yang panas.

Panas,
P,
A,
N,
A,
S,
Panas,
Hangat, bahang,
Peluh, keringat.

Panas,
mengapa panas dunia
apa silap? di mana paling panas?

Panas,
mengapa badan panas?
hati panas? jiwa panas?
mengapa ada panas?

Persoalan yang panas,
Hangat dibincangkan, dibualkan,
Di ruang-ruang gosip panas,
Merencanakan isu-isu panas.

Biarlah panas sekalipun,
Badan masih kekal panas yang sama,
Nadi masih mengalir darah yang panas,
Panas yang sama,
Tidak pernah berubah.
Kerana itu antara hakikat panas,
Hakikat yang panas untuk diterima manusia.

Salah siapa semua ini panas?
Salah panas?
atau salah jiwa yang panas?
Persoalan panas bagi mereka yang sedang panas.

Sampai bila panas ini akan kekal panas?
Bertambah panas? Berkurang atau terus kekal panas.






No comments:

Lihat ini Juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...