Monday, June 11, 2012

Adiratna Optik

Alhamdulillah, ak dah brjaya siapkan sebuah naskhah dekon (deklamasi lakon) hmpir sebulan yang lalu. Mengikut perancangan, naskhah skrip ini akan dipertandingkan utk festival dekon di UMS pada pghujung jun 2012 nanti. Namun, hajat tidak kesampaian apabila pnyrtaan ke festival tu x diluluskan atas sebab2 yg x dpt dielakkan.

So, terima je la keputusan tu dgn hati yang terbuka. Barangkali ada hikmah di sebalik kejadian ini. Hahahaaaa...di ksempatan yang sempat ini, biarlah aku berkongsi cerita disebalik kisah Adiratna Optik.

Sinopsis:


Mengisahkan kehidupan seorang peragawati kain songket tenunan Melayu, Adiratna Sofea. Keunggulannya sebagai peragawati yang sangat profesional telah menjadikan dia seorang yang terkenal di rantau benua Asia malah sehingga ke pelosok dunia. Kejayaannya itu telah menjadi kunci kabahagiaannya namun jauh di sudut hatinya itu, Adiratna menyimpan sebuah rahsia penuh dendam yang telah mewarnai liku-liku hidupnya sebelum ini. Adiratna sebenarnya merupakan seorang anak tunggal kepada usahawan songket di Terengganu. Namun, satu kebakaran yang dahsyat telah menimpa kilang songket mereka. Kecelakaan yang tidak diduga itu telah meragut nyawa kedua-dua ibu bapanya dan menyebabkan Adiratna kehilangan penglihatan. Menurut pihak berkuasa, kebakaran yang berlaku itu telah dirancang dan disengajakan. Adiratna kemudiannya telah dijaga oleh mak cik dan pak ciknya iaitu Puan Filzah dan Encik Mukriz. Adiratna terpaksa menamatkan pelajarannya di peringkat universiti disebabkan cacat penglihatan dan dia juga tidak mampu untuk menguruskan perusahaan songket keluarganya. Maka, perusahaan songket itu telah diserahkan sepenuhnya kepada mak cik kesayangannya, Puan Filzah. 

Amat malang bagi Adiratna kerana Encik Mukriz telah mengambil kesempatan ke atas diri Adiratna semasa ketiadaan Puan Filzah di rumah. Encik Mukriz telah merogolnya dan mencampak Adiratna di tengah jalan. Encik Mukriz telah menyampaikan cerita palsu di mana Adiratna telah dianggap hilang dalam kecelakan dihanyutkan arus ombak yang deras. Adiratna yang tidak sedarkan diri di tengah jalan itu hampir dilanggar sebuah kereta. Kereta itu telah terbabas dan melanggar sebatang pokok kerana cuba mengelak daripada melanggar Adiratna. Pemandu kereta itu telah meninggal dunia sejurus mereka berdua dibawa ke hospital. Tuan Mega, seorang pereka fesyen terkenal telah mendapat amanat untuk membawa Adiratna ke Kuala Lumpur untuk menjalankan pembedahan pemindahan mata ke atas diri Adiratna. 

Semenjak dari itu, kehidupan Adiratna telah berubah. Dia kembali boleh melihat dan hidupnya kini telah diuruskan oleh Tuan Mega. Adiratna telah dijadikan sebagai seorang peragawati yang sangat terkenal. Semasa menghadiri sebuah majlis pertunjukan di Terengganu, Adiratna telah ditemukan dengan pak ciknya, Encik Mukriz. Semenjak dari saat itu, sejarah silam yang kelam Adiratna telah dibongkar oleh Tuan Mega. Sejarah silam yang telah menconteng dendam berbisa pada hati dan jiwa Adiratna. Kehidupan Adiratna mula tidak keruan lantaran ingin membalas kecelakaan dan penghinaan yang telah menimpa keluarganya. Satu tragedi berdarah telah berlaku dan telah menjadikan diri Adiratna tidak lagi bermakna. Adiratna Optik, menyingkap rahsia di sebalik mata.

*********************************************************************

Apakah rahsia yang perlu disingkap? Kena tunggu skrip ini dpentaskan suatu hari yang tidak pasti. Kesudahan cerita perlu drhsiakan demi mnjaga karya asli ini,,,,hihihihihihihiii






No comments:

Lihat ini Juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...