Friday, March 30, 2012

Memori Genta Purba



Alhamdulillah,,,,syukur ku ke hadrat Illahi,,,,,
Bersyukur dgn rezeki yg diberikan,,,,
Akhirnya kemarau di itu sudah berakhir,,,,
Kemarau utk berada di kedudukan 5 yang terbaik,,,,,dlm FESENI UM

Tahniah ku ucapkan kpd adik2 Kumpulan Puisi Kalung Emas yang telah berusaha sedaya mgkin untuk melakukan yang terbaik,,,
Terima kasih kpd korg sume krn mmberikan kerjasama yang sebaiknya dlm mementaskan puisi itu.
Semoga segala pengalaman yang diperoleh terus diingati dan dikembangkan,,,
Masih bnyk yang perlu abg dan korg sume belajar......

Dan sememangnya,,,,
Ini merupakan kali pertama buat budak kampung melatih sebuah kumpulan secara serius dan penuh fokus.
Walaupun diri ini tidak berpeluang mmbuat yang trbaik pada masa lepas,,,
Maka, biarlah budak kmpung menebus kekecewaan yang lpas dgn membawa mereka ke arah kejayaan,,
Walau sekadar berada di tempat kelima,,,
Namun, kedudukan itu sudah cukup bagus untuk membuka mata mereka di luar sana yang korg smua dah mmbuat yang terbaik.







Pertandingan manifestasi puisi yang sngt subjektif,,,,
MMg susah nak jangka ape kehendak juri saban tahun,,,
Maka, ak dan mereka perlu terus berusaha mncari idea2 baru yang lebih hebat dan dinamik,,,
Puisikanlah segalanya,,,,
Puisi itu indah kalo ceritanya indah,,
Puisi itu sedih kalau kisahnya pilu,,
Puisi itu marah, gembira, riang, berani, takut, sakit, gagah,,,,,
Puisi itu sesuatu yang dinamik,,,,,,,,
Segalanya mampu berubah,,,,,hanya dgn puisi,,,








Dan Kalung Emas telah memilih Puisi Genta Purba utk dipentaskan,,,
Sedarlah,,,,,,Malaysia tidak akan merdeka jika tidak ada penjajah,,
penjajah tidak akan datang jika tanah ini tidak bertuah,,,
tanah ini tidak akan bertuah jika tiada keraajaan yang gemilang,,
dan kerajaan yang gemilang itu adalah Melaka,,,
maka, kita perlu sedar,,,
usah lupakan sejarah kegemilangan Melaka walau kita sudah merdeka,,,
dari situ,,,,bertapaknya Islam di bumi ini,,
dari masa itu,,,,,bumi ini tercatat di dalam peta dan sejarah dunia,,

Maka, genta purba kembali bergema utk mengembalikan memori masa silam,,
untuk direnungi bersama,,,,






GENTA PURBA


Siapa tahu genta purba kembali bergema
mencabar roh-roh pahlawan
yang dengan keringat dan darah
membangun tugu-tugu perkasa
di atas tindihan mayat-mayat bergelimpang
yang kemudian matinya tak bernama
rebahnya tanpa upacara.

Siapa tahu genta purba kembali bergema
mencanang perintah raja dari istana
lalu bertingkah gong dan gendang
sahut bersahut rebana di balai
mendayu-dayu nobat di ruang
berangkatlah baginda beriring dayang-dayang.

Melaka empayar perkasa berpuncak daulat raja
Tun Perak Bendahara terbilang lagi perwira
Hang Tuah terkenal handal pahlawan raja
Jebat rakyat mungkar konon menyanggah baginda.

Dalam sejarah Tun Sri Lanang berkisah
tentang Sriwijaya Majapahit dan Melaka
pisang jarum dan air Bukit Cina
Bandar Melaka berkawal panglima
terlalu pintar Bendahara Serimaharaja.

Melaka sebuah empayar di Asia Tenggara
Benua China menghulur jabat tangan mesra
mengutus puteri cantik sebagai duta
bertandang ke istana mengulit duli baginda
dayang-dayang ungu hatinya dibakar wajah jelita.

Apakah mungkin genta purba kembali bergema
lalu berulang sejarah dua zaman
siapa tahu Raja Melaka bangun dari makamnya
menghantar utusan pula ke Benua China?


Shamsuddin Jaafar
Kuala Lumpur
Mastika, September 1971






_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

No comments:

Lihat ini Juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...