Tuesday, November 27, 2012

Pancake and Crepe

Pancake dan crepe,,,,,,,both of them are same,,,, hahahahha

Disebabkan kedua-dua bnde ni sering disebut2 dlm dunia maya muka buku, maka budak kampung trpaksa mengambil peluang yang ada utk berkongsi cara-cara mmbuat durian pancake or durian crepe dngan pmbaca di luar sana. Resepi ni budak kampung dapat drpd my housemet. Tetibe je dia send msej tolg buatkan. Sorry, i dnt have much time to do it. So, kalo ad pmbaca di luar sana yg dah baca dan akan cuba resepi ni, sila kongsikan rahsia kejayaan anda kalo berjaya la ye,,,,

Bahan2 nk buat crepe-crepe:
250 g tepung gandum (jgn guna tepung beras)
3 biji telur (kalo guna gred A,,pakai 2 bijik je)
500 mL santan kelapa (i prefer jgn guna serbuk santan)
1/2  sudu teh garam (secukup rasa)
1 sudu teh pewarna kuning (pewarna hijau pun boleh gak)

Cara-cara mngadun bahan2 di atas:
1. Satukan semua bahan. Blender je. (nak uli pun boleh)
2. Panaskan non-stick pan (jgn pndai2 nk guna kuali ye)
3. Sapukan sedikit minyak jagung dgn tisu (harus guna minyak jagung, x wajib pun)
4. Tuang satu senduk adunan ke atas pan
5. Angkat/Jauhkan pan dr sumber api, lenggokkan ikut arah jam (motif arah jam..kalo kidal cmne plak?)
6. Bila dah masak, angkat dgn lembut. Jgn terbalikkan!! Ulang sampai habis tepung.

(Semoga u guys dpt buat crepe-crepe dgn sempurna)... brgantung kpd adunan tepung dan teknik melenggok-lengokkan pan anda.


Seterusnya.... 
Cara-cara mmbuat filling atau inti dlm crepe-crepe ni:
1 cawan non-dairy cream
1-10 biji durian (bergantung kpd selera..kalo nk inti bnyk,,pakai 20 biji pun boleh!!!)

Cara2 nk buat filling n masukkan dlm crepe:
1. Pukul whipping cream dlm mixer hingga kental
2. Buang biji durian (jgn pndai2 letak biji dlm crepe hokkay!!),,, kita nk isi durian jek!
3. Bentangkan 1 keping crepe/ pancake yg dah buat sejak awal td (ala2 bentang permaidani kennzzz)
4. Letakkan whipping cream kat bhg tengah crepe
5. Letakkan isi durian
6. Tutupkan semula dgn whipping cream
7. Lipat crepe (nk kena ikut kreativiti sndiri la ye)
8. Simpan dlm peti sejuk. Then, sedia utk dijamah bersama si dia yg tersayang..



Contoh hidangan



Selamat mencuba!!!









Tuesday, November 6, 2012

My Hometown

Lokasi:
280, Parit Lebai Kadir, Alor Pongsu, 34300 Bagan Serai, Perak

Masa:
Pelbagai,,,,tp semuanya siang

Tema:
Pelbagai,,,,,hijau alam

bunga kemboja, Plumeria acuminata.
Bunga ni ada ditanam dlm pasu bunga kat depan umah budak kampung..
senang nk jaga pokok bunga ni bcoz tahan lasak terhadap perubahan cuaca




kat seberang jalan just in fron of rumah bdk kampung ade 
satu kawasan penanaman kelapa sawit (x luas sngt) dan juga sawah padi,,
saujana mata memandang,,,,,seronok kalo dpt lepak kat halaman rumah,,
menikmati tiupan angin sepoi2 bahasa...



ok,,,kawasan sawah kat belakang umah je,,,
ade satu longkang kecik,,,we call it as alor....
nun di hujung sana,,ade tiang pencawang elektrik merah putih,,(UMNO) kot
di balik gumpalan awan2 putih kat ujung tu,,,terselindung gunung Jerai..
nice~



celah-celah pepohon padi yang hijau,,,berumur x sampai 3 bulan,,
baru semai ni,,,, hijau sngt~~



kpd sesiapa yg x pernah menikmati pemandangan mcm ni,,,
silalah jemput datang ke rumah budak kampung,,,

^_^
.
.
.
.
.
.






Saturday, November 3, 2012

gila

gila?...gila nk happy sana sini,,,,
stress?..distress??...lumrah la der,, hidup di dunia,,,bukan di syurga

hepi sngt dpt jumpa mmber budak kampung yg skang ni duk study medic kat UM,
kitorg ni mmg study same2 gak kat PASUM suatu ketika dulu,,
tapi disebabkn kesibukan diri masing2,,maka hampir 5 tahun kami x brjumpa, walaupun masing2 ade je kat UM ni. Masa yg telah mnjarakkan kami~

(sekadar berkongsi cerita)


skang ni ngah runsing,,,
mngajar kat makmal,,,,then, marking lab report diorg,,
dgn research yg makin pending,,,wonderful!!!
tp busy duk main fb n twit sana sini,,,,,well done!

tp,,budak kampung akan berusaha tempuhi segalanya dgn cekal bcoz sume ni sngt menyeronokkan..
masalah yg menimpa adalah suatu anugerah yang akan mnjadikan diri kita lebih tabah dan xkan menyerah kalah!!!

,
,
,
,
,
,
,
,


Wednesday, October 24, 2012

Julangkanlah Bahasa Kita,,,,

Buat pertama kali budak kampung terlibat dalam pembikinan video klip sempena program bulan bahasa kebangsaan. Selamat menonton. Diri ini rasa sangat teruja apabila melihat aksi-aksi yang pelik dari kami semua. Pelikkah?

Maka, dalam kesempatan ini juga budak kampung nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara abg Shah Nordin (seorang staf dari RTM) yang sudi menjemput budak kampung untuk turut sama menyerikan lagi video klip ini. (ketawa riang)~~~

Selamat menonton!!!....



JUDUL: JULANGKANLAH BAHASA KITA
CIPTAAN: YURI EDRIS

LIRIK: AZMAN AHMAD & YURI EDRIS
PENYANYI: AWEERA, SOO WINCCI & AISHA SAFIA
TEBITAN: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MUZIK RTM


Lirik:


kita warga satu malaysia
melangkah terus usaha
martabatkan bahasa kita semua

satu nusa lambang jiwa


demi bahasa warisan ibunda

seia sekata
sehati sejiwa
akan terbilang seluruh dunia
julangkanlah bahasa kita


sanjung tinggi nilai bahasa

merealisasikan kepesatan
kedaulatan negara nusa tercinta
lahirlah insan berjaya










Selamat menyambut bulan bahasa kebangsaan!

Tuesday, October 23, 2012

DELeTe!!



Haaaaaa!!!,,,terkejut??!!!,,,,nak tau ape ni?....

Sila ikut step2 di bawah..

buka komputer/laptop anda
pda "Local Disk (c) ,
THEN "Program Files"
or
"Program Files(x86)"


THEN "Microsoft Office"
THEN "Media"
THEN "CAGCAT10"'
cari gambar no "J0285926" dan klik.



Anda akn jmpa gambar Lambang/
Bendera ZIONIS,ISRAEL


Lengkap (sama dngan wrna aslinya) dngan lilin (sarana ibadah diaorg).



DELETE pic itu!!

Utk pngtahuan anda ,
gmbar trsbut ada di sluruh PC dan LAPTOP.
Sbarkan kpd smua saudara islam!! CARI smpai
JUMPA!!







Kalo rase mcm ade masalah,,,pliz drop ur question below here,,,, ^_^






..
.
.
.
.
.

Friday, October 19, 2012

Wat a tired day~

Hari ni,,,,,penat ke?..besa jek bcoz until now (at 10.12 p.m, i stil boleyh online sorg2 kat lab without going back to my sweet home yet)..

saje je nk ckp,,,,letih dgn situasi,,,,
hahahhaaa

awal pagi,,,,anta anak manje g skolah
seronok jalan2 pagi ni......sejuk n tenang~
then.....smbung tido jap,,,,,coz ngantuk gila..
bangun tido, ade snapy program dgn sorg lg anak bongsu,,,
seronok jd photographer ni,,,,now, i can feel how hard to be a patient n gud snapper

then, ptg tu kelam kabut g la,,,uruskan hal yg tertunda...
pening nk siapkan abstract (due date 19 oct),,,,,but
i just noticed (after submit the abstract),,the due date have extended to 5 NOv
arrgggghh!!!!,,,,wutever larrr,,,asalkan masalah dah selesai..

eh lupa plak,,,,sebelum tu,,,budak kmpung sempat layan Hotel Transylvania kat MV

how wonderful my day for today..

sekian~...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

hidup ni kena selalu tabah...
walau resah n gelabah....
..
.
.
.

Wednesday, October 17, 2012

29 Februari




Lagu ini mencuri kalbu dalam diri,,,,,terlalu mndayu alunan melodi merencahkan bait2 lirik yg asyik,,,
Hahahahahaaaa,,,,,,GD~~~

Lagu Jagalah Hati mnjadi OST kpd filem 29 Februari,,,,sebuah filem romantic yang epic kowt......



Mata kau berhenti menangis
Jemari kesat ke pipi

Hati cukuplah dirasuk sedih
Kerana kau takkan kembali



Takdir mengubah hubungan kita

Dia padam dari jaga
Bicara hanyalah dalam doa
Yang dipanjat pada yang Esa



Ya Tuhanku

Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir



Ya Tuhanku

Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya



Jiwa walaupun terpisah jua

Selalu pergi dengan-Nya
Sisa yang masih ada di sini
Ku bertaut ke nafas terakhir



Ya Tuhanku

Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir



Ya Tuhanku

Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya



Hingga itu ku mohon kau

Jagalah dirinya
Jagalah dirinya




cinta itu untuk sementara,,,,,tapi sayang adalah untuk selamanya....
.
.
.
.
.

.

.
.
.


Permulaan Semula

Assalamua'laikum w.b.t dan selamat sejahtera kpd pmbaca setia di luar sana,,,
Apa khabar dunia? Apa khabar para blogger sedunia?...
Khabar hebat barangkali....

jari jemari ini seolah-olah cuba mengikut rentak minda yg berfikir untuk terus menaip di ruang maya ini. Cerita terakhir drpd budak kmpung berkisahkan puasa Ramadhan 1433H,,,,,wowww,,,,,dah lame tu.

dan hari ini,,,,,Raya puasa?,,,dah lebih sebulan berlalu,,,, Sekang ni ngah rancak berbicara utk pulang ke desa sempena 10 Zulhijjah nanti,,,,,

Minda ini telah bnyk melambakkan seribu juta satu peristiwa dalam kehidupan budak kampung. Jari jemari ini pula tidak mmpu utk menaip dah meluahkan segalanya... tiada kesempatan waktu....tiada kudrat kuasa utk mngdap skrin yg kaku di dpan mata.

Kini, setelah meyepikan diri di ruang makmal berdinding batu di sini...minda dan jemari ini mula ingin brgerak seiring meluahkan cerita di sini...

Haaaaa.....xtau nk start yg mane satu,,,bnyk sngt ni...

Kata putus permuafakatan..lupakan kisah semalam, mulakan kisah hari ini dan berikutnya,,,,

"Selamat KembaLI Budak KampUng".....

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan 1433H

Ramadhan,,,,,bulan Islam yg ditunggu,,,
di sana lah rahmat,,
di situ lah jua nikmat,,,
dihayati,,
dirasai bersama...

Ramadhan menyedarkan umat,,
betapa setahun telah berlalu,,
dan kini brsilih Ramadhan yg baru,,,

Berlumbalah,,,,,
mncari rzeki di bulan suci,,
menambah pahala di bumi semntara....
menanti Lailatul Qadar yg muncul jarang sekali....

Semoga kita akan diberi kekuatan iman utk menempuh waktu2 itu..
iman utk mmbelenggu nafsu...
insya-Allah,,,,

Aminnnn...

Ramadhan ya Ramadhan.............

Sunday, July 1, 2012

Festival Teater MAKUM 2012

hahahhaaaaa,,,,jom ramai2 kita g tngok...
bertempat di panggung eksperimen, Universiti Malaya,,,
masuk adalah percuma!!,,,,,check it out!!!


Festival Teater merupakan satu acara tahunan Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) yang melibatkan penyertaan dari kebanyakan IPTA.
Supaya masyarakat dan warga semua IPTA, khususnya para mahasiswa, mempunyai kefahaman, tanggapan dan memberi sambutan positif terhadap kegiatan seni teater dan drama sebagai satu kegiatan ilmu dan riadah yang lahir dari budaya dan peradaban bangsa yang bertamadun, berilmu dan berdaulat.
Kegiatan teater merupakan satu gerak kerja bersepadu yang menggabungkan pelbagai cabang kesenian, khususnya seni, seni persembahan dan seni rupa. Malahan, Festival Seni juga berupaya menyemarakkan kegiatan seni teater dan drama di kalangan para mahasiswa.


semoga universiti Malaya dpt kekalkan kejuaraan pada tahun lalu,,,,,^^!

,
,
,
,
,
selamat berjuang kpd para peserta dr ipta lain ye....

Friday, June 29, 2012

WWF Message



HELP SAVE de SANDWICH
The tuna in your sandwich needs help, because many species are being overfished driving them to the brink of collapse. WWF co-founded the Marine Stewardship Council (MSC) an independent organisation that certifies and rewards sustainable fishing. Help us look after the world where u live at panda.org/50





HELP SAVE de LIPSTiCK
The lipstick you love contains palm oil. But its production often comes at the expense of the tropical forests and the wildlife that lives in them. WWF is working to make all products that contain palm oil more environmentally friendly. Help us look after the world where you live at panda.org/50




This short message is copied from Reader's Digest Magazine, July 2012






.......
...
.....
..

..
.....
..
......

Wednesday, June 20, 2012

Afro Circus!!!


I just cant stop laughing when watch diz awesome movie!!!!

(just for some pictures....from Dr Google)

























nothing is impossible for them.......
check it out!!!!.
,
,
,
,
,,
,
,


Monday, June 18, 2012

Terbitan Pertama




Tolg klik kat gambar ni kalo nk lihat dgn lebih jelas.
Hahahahaa.......classic giler cover depan...
Gmbar yg ditunjukkan merupakan cover depan sebuah majalah yg telah brjaya disiapkan oleh bdk kampung dan 9 rakan yg lain. siapa?...mereka ialah:

- Naim
- Zakwan
- Diana
- Marwan
- Affan
- Au Young
- Melissa
- Jun
- Izzat

trmasuklah bdk kmpung sndiri. Dah lebih 2 bulan majalah ini telah disiapkan namun x ramai yg tahu ttg kewujudannya. Hanya sekadar brkongsi cerita....


*
*
*
*

Thursday, June 14, 2012

Samudera Kehidupan




Hidup ini ibarat awan yang berarak di langit biru
Kadangkala mendung
Kadangkala putih
Kadangkala kelabu.

Dan lautan seluas saujana mata memandang itu
Amat luas untuk direnangi
Amat sukar untuk ditelusuri
Dan kita perlu berusaha selagi mampu
Selagi kudrat masih ada
Selagi jasad bertunjang nyawa.

Maka, demikian kehidupan
Dosa laksana pepasir di pantai
Ilmu ibarat seluas hamparan lautan
Di situlah rezeki
Di sanalah cabaran
Perlu diredah dan diselami
Dengan kesabaran dan ketaqwaan.


-aRiL-






gambar2 ini adalah hasil ilham di pulau langkawi, 2009











>_<"

Monday, June 11, 2012

Adiratna Optik

Alhamdulillah, ak dah brjaya siapkan sebuah naskhah dekon (deklamasi lakon) hmpir sebulan yang lalu. Mengikut perancangan, naskhah skrip ini akan dipertandingkan utk festival dekon di UMS pada pghujung jun 2012 nanti. Namun, hajat tidak kesampaian apabila pnyrtaan ke festival tu x diluluskan atas sebab2 yg x dpt dielakkan.

So, terima je la keputusan tu dgn hati yang terbuka. Barangkali ada hikmah di sebalik kejadian ini. Hahahaaaa...di ksempatan yang sempat ini, biarlah aku berkongsi cerita disebalik kisah Adiratna Optik.

Sinopsis:


Mengisahkan kehidupan seorang peragawati kain songket tenunan Melayu, Adiratna Sofea. Keunggulannya sebagai peragawati yang sangat profesional telah menjadikan dia seorang yang terkenal di rantau benua Asia malah sehingga ke pelosok dunia. Kejayaannya itu telah menjadi kunci kabahagiaannya namun jauh di sudut hatinya itu, Adiratna menyimpan sebuah rahsia penuh dendam yang telah mewarnai liku-liku hidupnya sebelum ini. Adiratna sebenarnya merupakan seorang anak tunggal kepada usahawan songket di Terengganu. Namun, satu kebakaran yang dahsyat telah menimpa kilang songket mereka. Kecelakaan yang tidak diduga itu telah meragut nyawa kedua-dua ibu bapanya dan menyebabkan Adiratna kehilangan penglihatan. Menurut pihak berkuasa, kebakaran yang berlaku itu telah dirancang dan disengajakan. Adiratna kemudiannya telah dijaga oleh mak cik dan pak ciknya iaitu Puan Filzah dan Encik Mukriz. Adiratna terpaksa menamatkan pelajarannya di peringkat universiti disebabkan cacat penglihatan dan dia juga tidak mampu untuk menguruskan perusahaan songket keluarganya. Maka, perusahaan songket itu telah diserahkan sepenuhnya kepada mak cik kesayangannya, Puan Filzah. 

Amat malang bagi Adiratna kerana Encik Mukriz telah mengambil kesempatan ke atas diri Adiratna semasa ketiadaan Puan Filzah di rumah. Encik Mukriz telah merogolnya dan mencampak Adiratna di tengah jalan. Encik Mukriz telah menyampaikan cerita palsu di mana Adiratna telah dianggap hilang dalam kecelakan dihanyutkan arus ombak yang deras. Adiratna yang tidak sedarkan diri di tengah jalan itu hampir dilanggar sebuah kereta. Kereta itu telah terbabas dan melanggar sebatang pokok kerana cuba mengelak daripada melanggar Adiratna. Pemandu kereta itu telah meninggal dunia sejurus mereka berdua dibawa ke hospital. Tuan Mega, seorang pereka fesyen terkenal telah mendapat amanat untuk membawa Adiratna ke Kuala Lumpur untuk menjalankan pembedahan pemindahan mata ke atas diri Adiratna. 

Semenjak dari itu, kehidupan Adiratna telah berubah. Dia kembali boleh melihat dan hidupnya kini telah diuruskan oleh Tuan Mega. Adiratna telah dijadikan sebagai seorang peragawati yang sangat terkenal. Semasa menghadiri sebuah majlis pertunjukan di Terengganu, Adiratna telah ditemukan dengan pak ciknya, Encik Mukriz. Semenjak dari saat itu, sejarah silam yang kelam Adiratna telah dibongkar oleh Tuan Mega. Sejarah silam yang telah menconteng dendam berbisa pada hati dan jiwa Adiratna. Kehidupan Adiratna mula tidak keruan lantaran ingin membalas kecelakaan dan penghinaan yang telah menimpa keluarganya. Satu tragedi berdarah telah berlaku dan telah menjadikan diri Adiratna tidak lagi bermakna. Adiratna Optik, menyingkap rahsia di sebalik mata.

*********************************************************************

Apakah rahsia yang perlu disingkap? Kena tunggu skrip ini dpentaskan suatu hari yang tidak pasti. Kesudahan cerita perlu drhsiakan demi mnjaga karya asli ini,,,,hihihihihihihiii






Tuesday, June 5, 2012

Panas

Hari ini, kala ini,
malah semalam mahupun kelmarin,
semua orang berbicara tentang panas,
menaip tentang panas di ruang-ruang maya,
di muka-muka buku,
di mana-mana
tatkala badan panas,
bertambah panaslah apa-apa saja yang panas.

Panas,
P,
A,
N,
A,
S,
Panas,
Hangat, bahang,
Peluh, keringat.

Panas,
mengapa panas dunia
apa silap? di mana paling panas?

Panas,
mengapa badan panas?
hati panas? jiwa panas?
mengapa ada panas?

Persoalan yang panas,
Hangat dibincangkan, dibualkan,
Di ruang-ruang gosip panas,
Merencanakan isu-isu panas.

Biarlah panas sekalipun,
Badan masih kekal panas yang sama,
Nadi masih mengalir darah yang panas,
Panas yang sama,
Tidak pernah berubah.
Kerana itu antara hakikat panas,
Hakikat yang panas untuk diterima manusia.

Salah siapa semua ini panas?
Salah panas?
atau salah jiwa yang panas?
Persoalan panas bagi mereka yang sedang panas.

Sampai bila panas ini akan kekal panas?
Bertambah panas? Berkurang atau terus kekal panas.






Thursday, May 31, 2012

Mengapa dirindu









anak punai anak merbah,
hinggap turun buat sarang,
anak sungai pun berubah,
ini pula hati orang.....mengapa dikenang.


asal kapas jadi benang,
dari benang dibuat baju,
barang lepas jangan kenang,
sudah jadi orang baru....mengapa dirindu.


kasih yang dulu tinggal dalam mimpi,
kasih yang baru simpan dihati
kasih yang lalu tinggal dalam mimpi,
kasih yang baru simpan di hati.


selat teduh lautan tenang,
banyak labuh perahu Acheh,
jangan kesal jangan kenang,
kalau hati rasa pedih....mengapa bersedih.


Kalau pinang masih muda,
rasanya pahit sudahlah pasti,
kalau hilang kasih lama,
cari lain untuk ganti.....mengapa dinanti.


patahkan tumbuh hilang berganti,
lukakan sembuh kalau diubati,
patahkan tumbuh hilang berganti,
lukakan sembuh kalau diubati.


sayang mengapa dirindu...












Wednesday, May 30, 2012

Tuesday, April 24, 2012

Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung

Masakan dapat sagunya...

Artikel kali ini berkaitan the most unforgetable memories in April 2012

the first great n nice memory i will remember smpai bila is my bfde celberation with them. Who?
yeahh,,,they are my little junior....wawa, salwa, pija n aimi....
Tq so much for de awesome celebration n also de nice gift....
it was surprising me bcoz i never think dat they will celebrating me like dat.
feel dat i'm very special person for them,,,,,,,as a fren.....
even i'm older than dem,,,,muahhahahhahaaa,,,,(tua sngt ke)...

the 2nd one is.....my prformance during Malam Citra Budi 2012 at 7th residential college
tq so much to KTLZ junior bcoz inviting me to join de prfomrnce show.
hahhahaaa,,,last2 minute preparation,,,,,lagu baru nak hafal kannn,,,
but stil hepi n enjoyful,,,
hahhahahahaaa,,,,,,

(gmbr upload kemudian la ye)....

Sunday, April 15, 2012

Deklamasi Lakon (DEKON)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,,,,

cerita kali ini berkaitan dengan memori suka n duka (ade duka ke) sepanjang budak kampung menghadiri bengkel penulisan dan penilaian deklamasi lakon (DEKON) di Universiti Sains Malaysia, Penang pada 9-12 April 2012 yang lalu. Bengkel ini telah dianjurkan secara bersama antara USM dan juga UMS di bawah naungan Majlis Kebudayaan Universiti2 Malaysia (MAKUM).

Yeahh,,,pasti korg kat luar sana tertanye ape itu Dekon dan mcm mane plak la bdk kampung bleyh trjebak utk join bengkel ni kann.... Haaa...alkisahnya begini, Secara ringkasnya UM x pernah pun join pertandingan Dekon antara IPT spnjang pnganjurannya hampir 10 tahun. Entah la knape kann,,,UM mmg x berminat kowt time tu,,,nk fokus pada acara seni yang lain rasenye.,,,(coz bnyk gak universiti lain xnak join dekon ni). Dekon adalah acara seni yang sangat baru di Malaysia malah,,di dunia sebenarnya. Kali pertama di wujudkan di Malaysia rasanye.... Budak Kampung telah terpanggil utk mnyertai bengkel ni bcoz salah seorang pegawai kat UM ni paksa n pujuk bdk kampung utk join bengkel ni secara TIBA2!!.... So, bdk kmpung join je la walaupun rasa teragak-agak dalam hati ni kann,,,

Apakah itu dekon?,,,,ok,,bdk kampung malas nak taip lebih2 kat sini, Korg bleyh baca artikel yg ditulis dlm blog G-Tel or Grup Teater Lab.....geng studnt n alumni UMS ni,, Besa la, UMS antara pelopor utama dlm menjayakan dekon di peringkat MAKUM....

Sekiranya ingin menambahkn ilmu di dada, si layari blog ini..





Memori?,,,
haaaa,,,,,dipendekkan cerita,,,wakil dr UM yg join begkel ni adalah bdk kampung dan sorg lagi pegawai hep,, So, aku sorg je la student dr UM kat sana,, Mmg agak segan la kannn. Dah la 1st time. Trpaksa la wat relax jek,,, confident lebeyh,,,,hahahahahaaaa






Kitorg berdua dr UM naek flight AirAsia g sane,,,,(bangga jap,,,)
Then...kitorg menginap kat Rumah Tetamu USM (Guest House)....but the rest participant stayed kat hostel jek. Hahahaaa,,,,,over kan kitorg ni,,,
Dipendekkan cerita, Rumah Tamu tu sebenarnya adalah bekas peninggalan penjajah British dibina sejak 1938 (74 tahun tuuu),,,,
So, mcm2 perkara aneh telah berlaku sepanjang 2 malam pertama kami menginap kat sana
Mlm pertama........dengar bunyi letupan (sekali jek)
Mlm kedua......bunyi laungan orang seakan2 bg command perbarisan,,
Tp xde la cuak sngt coz kitorg duk berdua dlm bilik tu kannn.....hihihihihihihiii


Selain tu, bdk kmpung sempat la brjalan kaki kluar mencari kedai mkn berhampiran USM tu...
jmpa la satu kedai nasi kandaq kann,,,pekena nasi kandaq pd mlm pertama di sana.
Sebelum balik, sorg pegawai USM tu bawak kami pekena gulai ikan sembilang yg katenye antara paling famous kat penang. Boleh tahan la,,,huhuhuhuhuuu....

Memori yg x bleyh nak dilupakan adalah pada 11 April (bersamaan tarikh lahir bdk kmpung), suatu kejadian gempa bumi brskala 8.7 Ritcher telah dikenal pasti berlaku di perairan Barat Laut Sumatera Indonesia. Tp bdk kmpung xde rase plak gegaran tu bcoz mybe trlampau kusyuk dgn bengkel. Pada mulanya agak cuak kalo2 brlaku tsunami  bcoz USM tu dekat je dgn laut walaupun mngdapa semenanjung kannn,,,,,,
Tp mujurlah xde pape yg berlaku,,,,,^^!

Hasil drpd bengkel?
Alhamdulillah, bdk kmpung dah berjaya memahami sedikit sebanyak apa yang dimksudkan dgn dekon tu sendiri. Semua peserta telah diwajibkan menghasilkan sebuah karya dekon sebelum menamatkan bengkel ni. Karya2 skrip dekon ini kemudiannya akan dibukukan dan diterbitkan sebagai hasil bengkel anjuran MAKUM. Budak kampung telah mnghasilkan skrip bertajuk "Pawana Cinta Teja".  skrip dekon yg mngisahkan kisah suka duka Tun Teja yang ingin mencari dan mngenal cinta sejati.


Peserta n penganjur bengkel


Disebabkan hanya bdk kampung seorang shj yg mewakili UM. Maka, bdk kampung telah ditugaskan utk mngerakkan seni dekon di UM ni. Kami telah merancang utk menyertai Pertandingan Dekon pada penghujung bulan Jun nanti. Doakan semoga bdk kmpung dpt mnjayakan apa yg telah dirancang. Semoga aku dpt menubuhkan sebuah kumpulan dekon yg prtama di kampus ini. Nantikan skrip yang seterusnya. Mgkin berkaitan dgn "ADIRATNA OPTIK".


^^!






,,,,,,


Saturday, April 7, 2012

Mahligai Gading

Kehidupan ini tidak beralas
Baldu dan sutera sepanjang masa

Harmoni kehendak diri
Likunya tak dapat dihindari
Dunia diterima pasti
Takdir dan suratan nan azali
Apa pun kisah mendatang
tabahkan hati

Kecewa jangan sekali
Berputus semangat juga azam
Ibarat padi berisi tunduknya ke bumi
Camar terbang tinggi pulang di senja hari
Saling mengejar mahligai gading.

Bersama menggapai bintang
Cemerlang biar setinggi awan
Menyelam biar sampai ke dasar lautan
Mendaki gunung biar sampai ke puncak
Gagah menggenggam mahligai gading.



Friday, March 30, 2012

Memori Genta Purba



Alhamdulillah,,,,syukur ku ke hadrat Illahi,,,,,
Bersyukur dgn rezeki yg diberikan,,,,
Akhirnya kemarau di itu sudah berakhir,,,,
Kemarau utk berada di kedudukan 5 yang terbaik,,,,,dlm FESENI UM

Tahniah ku ucapkan kpd adik2 Kumpulan Puisi Kalung Emas yang telah berusaha sedaya mgkin untuk melakukan yang terbaik,,,
Terima kasih kpd korg sume krn mmberikan kerjasama yang sebaiknya dlm mementaskan puisi itu.
Semoga segala pengalaman yang diperoleh terus diingati dan dikembangkan,,,
Masih bnyk yang perlu abg dan korg sume belajar......

Dan sememangnya,,,,
Ini merupakan kali pertama buat budak kampung melatih sebuah kumpulan secara serius dan penuh fokus.
Walaupun diri ini tidak berpeluang mmbuat yang trbaik pada masa lepas,,,
Maka, biarlah budak kmpung menebus kekecewaan yang lpas dgn membawa mereka ke arah kejayaan,,
Walau sekadar berada di tempat kelima,,,
Namun, kedudukan itu sudah cukup bagus untuk membuka mata mereka di luar sana yang korg smua dah mmbuat yang terbaik.







Pertandingan manifestasi puisi yang sngt subjektif,,,,
MMg susah nak jangka ape kehendak juri saban tahun,,,
Maka, ak dan mereka perlu terus berusaha mncari idea2 baru yang lebih hebat dan dinamik,,,
Puisikanlah segalanya,,,,
Puisi itu indah kalo ceritanya indah,,
Puisi itu sedih kalau kisahnya pilu,,
Puisi itu marah, gembira, riang, berani, takut, sakit, gagah,,,,,
Puisi itu sesuatu yang dinamik,,,,,,,,
Segalanya mampu berubah,,,,,hanya dgn puisi,,,








Dan Kalung Emas telah memilih Puisi Genta Purba utk dipentaskan,,,
Sedarlah,,,,,,Malaysia tidak akan merdeka jika tidak ada penjajah,,
penjajah tidak akan datang jika tanah ini tidak bertuah,,,
tanah ini tidak akan bertuah jika tiada keraajaan yang gemilang,,
dan kerajaan yang gemilang itu adalah Melaka,,,
maka, kita perlu sedar,,,
usah lupakan sejarah kegemilangan Melaka walau kita sudah merdeka,,,
dari situ,,,,bertapaknya Islam di bumi ini,,
dari masa itu,,,,,bumi ini tercatat di dalam peta dan sejarah dunia,,

Maka, genta purba kembali bergema utk mengembalikan memori masa silam,,
untuk direnungi bersama,,,,






GENTA PURBA


Siapa tahu genta purba kembali bergema
mencabar roh-roh pahlawan
yang dengan keringat dan darah
membangun tugu-tugu perkasa
di atas tindihan mayat-mayat bergelimpang
yang kemudian matinya tak bernama
rebahnya tanpa upacara.

Siapa tahu genta purba kembali bergema
mencanang perintah raja dari istana
lalu bertingkah gong dan gendang
sahut bersahut rebana di balai
mendayu-dayu nobat di ruang
berangkatlah baginda beriring dayang-dayang.

Melaka empayar perkasa berpuncak daulat raja
Tun Perak Bendahara terbilang lagi perwira
Hang Tuah terkenal handal pahlawan raja
Jebat rakyat mungkar konon menyanggah baginda.

Dalam sejarah Tun Sri Lanang berkisah
tentang Sriwijaya Majapahit dan Melaka
pisang jarum dan air Bukit Cina
Bandar Melaka berkawal panglima
terlalu pintar Bendahara Serimaharaja.

Melaka sebuah empayar di Asia Tenggara
Benua China menghulur jabat tangan mesra
mengutus puteri cantik sebagai duta
bertandang ke istana mengulit duli baginda
dayang-dayang ungu hatinya dibakar wajah jelita.

Apakah mungkin genta purba kembali bergema
lalu berulang sejarah dua zaman
siapa tahu Raja Melaka bangun dari makamnya
menghantar utusan pula ke Benua China?


Shamsuddin Jaafar
Kuala Lumpur
Mastika, September 1971






_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Lihat ini Juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...