Sunday, December 18, 2011

Alangkah Lucunya Negeri INi

hurmmmm,,,,,,budak kampung baru je selesai menonton filem ini di YouTube......saje mngisi masa luang yang terluang........







Kisah yang berlatarbelakangkan kehidupan rakyat miskin di Indonesia. Kisah ini dimulakan dengan menceritakan seorang sarjana, Muluk. Beliau merupakan lepasan Sarjana dalam Pengurusan (Master in Management) yang berada dalam situasi mencari pekerjaan. Namun, keadaan yang penuh dengan persaingan dan kmiskinan di negara tersebut mnyebabkan beliau agak sukar beroleh pekerjaan yang bersesuaian. Kehidupan beliau yang miskin tinggal di kawasan setinggan bersama ayahnya yang merupakan tukang jahit mndorong beliau utk terus berusaha mencari pekerjaan. Sudah dua tahun beliau mengganggur dan brcadang utk mmbuat perusahaan penternakan cacing namun timbul pula isu halal dan haram

Kisah ini semakin berkembang apabila beliau bertemu dgn seorang pencopek@penyeluk saku, bernama Komet. Pertemuan ini telah mmbawa beliau masuk ke dunia penyeluk saku dan bertemu dgn ketua mereka, Pak Jarot. Muluk menawarkan diri beliau utk mengelola dan mngembangkan wang hasil kerja mencuri mereka itu. Sebagai ganjaran, beliau mmbuat prjanjian dgn mereka dgn mengmbil 10% dari hasil mencuri itu. Wang selebihnya itu akan dikembangkan oleh Muluk supaya kanak-kanak kecil itu tidak perlu mncopet lagi.




Menyedari, kanak-kanak penyeluk saku itu tidak mmpunyai pendidikan yang sempurna sejak dari kecil, maka Muluk telah mngajak rakan beliau iaitu Samsul yang juga seorang pengganggur dan merupakan seorang Sarjana Pendidikan. Selain itu, Muluk turut membawa Pipit yang juga merupakan teman sekampung beliau utk mngajar kanak2 itu tentang pendidikan agama.




Kisah ini semakin berkembang apabila kanak2 ini mula mnyedari tentang kepentingan pendidikan di sekolah serta kepentingan agama dalam khidupan. Mereka diajar menulis, mmbaca, mengira seterusnya kpd sistem pndidikan negara dan juga pndidikan Islam yang merangkumi ibadah, akidah dan akhlak Islamiyah. Muluk mnyembunyikan hal ini drpd bapanya. Namun, setelah bapa mereka mngetahui hal tersebut, Muluk dan Pipit rasa bersalah kerana mnggunakan wang yg haram itu utk diberikan kpd keluarga mereka.




Menyedari hakikat ini, Muluk sedar betapa tugas mereka mndidik kanak2 itu telah sempurna. Maka, kanak2 itu disuruh agar meninggalkan kerja mnyeluk saku dan diberikan pelbagai barang utk dijual. Kanak2 itu diberi kebebasan sama ada mnjadi penjaja di tepi jalan atau terus mncari wang haram hasil dr mncuri. Kanak2 itu mula sedar tentang hakikat masa depan mereka.




Ending cerita ni agak sedih namun msej yg dismpaikan ckup teratur utk difahami penonton di luar sana. Filem yang cukup ringkas tentang kehidupan masyarakat Indonesi yang ditindas oleh budaya korupsi di tanah air sendiri......








Pengarah : Deddy Mizwar

Penulis skrip: Musfar Yasin

Tayangan : April 2010

Pelakon : Reza Rahadian, Deddy Mizwar, Slamet Raharjo, Jaja Miharja, Tio Pakusadewi, Sakurta Ginting




kalo nak tngok,,,,,,,sila layari Youtube ye,,,,   ALangkah Lucunya Negeri INi



No comments:

Lihat ini Juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...