Tuesday, December 27, 2011

SoNgLaP


Songlap = Song + Lap = Nyanyi + Pusingan = Nyanyi smbil berpusing?

Adekah formula di atas ini benar atau tipu semata2.....huhuhhuhuuu,,sila abaikan ye







Salam...

Kali ni budak kmpung nk bercerita pasal movie Songlap yg baru2 ini dtayangkan (x silap 15 Dsember 2011).
Bdk kmpung tngok filem ni brdua dgn member kat GSC Cinema (bnde ni pun nk cerita)
yeahhh,,,mmg ramai yg x brminat nk tngok citer ni,,,,,ntah la knape,,,,
mybe citer x bnyk action sngt kowt,,,,,well,,,cerita buatan Malaysia,,,,
namun, perkara ini bukan lah mnjadi pokok pangkal dlm kisah Songlap...so, bdk kmpung stil trtarik nk tngok crita ni,,,

sebuah cerita yang mengungkap seribu satu macam ragam manusia di Malaysia,,,,,era kini...


*SONGLAP*

           Filem ini mengisahkan tentang kehidupan sepasang adik beradik yang begitu akrab namun tak sekepala sngt iaitu Am (Shaheisy Sam) dan juga Ad (Shafie Naswip),,,,(nama simple giler). Kedua-dua adik bradik ini hnya tinggal berdua tanpa kasih sayang ibu bapa. Ibu mereka merupakan seorang pelacur dan telah meninggalkan mereka sejak dr kecil. Am sngt bnci kpd ibunya itu kerana ibunya tidak mnjaga mereka dgn baik sehingga mnybabkan kedua adik bradik ini trjerumus ke dalam kancah jenayah berat di negara ini. Walau bagaimanapun, setelah reamaja, Ad sering melawat ibunya di sarang pelacuran trsebut kerana ingin berbual dan brcerita dgn prempuan trsebut. Ad ingin mnyertai prtandingan B-boy (Dance competition) yg mnawarkan hdiah kemenangan RM 50 000 (ttp trsingkir bcoz xde bakat). Ibunya pula tidak mngenali diri Ad yng sebenar kerana Ad telah dtinggalkan sejak dr kecil sehinggakan tidak kisah dgn khidupan Ad yg sebenar. Am pula merupakan seorang kaki judi tegar. Dia sering mnghabiskan duit hasil kerja mereka dgn brmain judi. Demikianlah kisah keluarga yg x menentu ini.



          Am dan Ad yng trpksa mnyara hidup sendiri telah brtemu dgn Mama. Mereka berdua telah terjebak dgn operasi pemerdagangan manusia. Modus operandi mereka ckup cekap dan teratur sehingga tidak dpt dihidu oleh pihak berkuasa. Target utama mereka adalah golongan ibu muda yg trlanjur dan mengandung. Golongan yg trlanjur ini akan diumpan dan dibawa ke sbuah tempat jagaan di luar kota. Mereka dijaga dgn baik agar tidak mnjejaskan kandungan bayi tersebut. Bayi trsebut akan dilahirkan di sebuah klinik yg turut brsubahat dlm sindiket ini. Bayi yg dilahirkan itu kemudiannya dijual (tanpa pengetahuan ibu trlanjur itu tadi) kpd keluarga kaya yg inginkan anak dgn bayaran yg ckup tinggi brgantung kpd berat bayi tersebut. Ibu muda yang trlanjur ini seterusnya akan dibawa atau didagangkan utk mnjadi pelacur sama ada di dalam atau di luar negara. Operasi sindiket ini ckup teratur dan sngt cekap. Dalam sindiket ini, Am dan Ad telah diberi tugas mnjadi pnghubung untuk mghantar bayi kpd pembeli. Upah yg diberikan tidak seberapa ttp ckup untk menampung khidupan mereka berdua. Demikianlah kisah sindiket pemerdagangan bayi dalam filem ini.



         Filem ini turut dikembangkan lagi dgn kisah2 lain. Ad mmpunyai seorang rakan yg brnama Razak. Razak merupakan penagih dadah yg tegar. Namun , Ad tidak prnah mngikut jejak lgkah rakannya itu. Suatu hari, Ad mndapati rakannya itu telah mati disebabkan pngambilan dadah trsebut. Rakannya itu pula mmpunyai seorang adik brnama Hawa. Hawa telah dirogol oleh ayah kandungnya sndiri sehingga mnyebabkan dirinya mengandung hasil hubungan sumbang mahram trsebut. Disebabkan tekanan yg mnimpa keluarga beliau, Hawa telah tekad utk melarikan diri ke rumah kakaknya di Kuantan ttp Hawa tidak mmpunyai wang. Cerita seterusnya dikembangkan lg apabila Hawa telah diumpan dan di bawa oleh salah seorang ahli sindiket prdagangan bayi trsebut ke sarang mereka. Ad myedari bahawa Hawa merupakan adik kpd Razak dan merancang utk mnyelamatkan Hawa drpd sindiket tersebut.



        Konflik mula timbul apabila wujud perasaan ingin merampas kuasa di dalam kumpulan sindiket ini. Kes bunuh, kelar smpai mati telah berlaku dan Am mngetahui siapa pmbunuh trsebut. Ad pula telah brjaya melarikan Hawa brsama bayi yg telah dilahirkan dari kumpulan sindiket trsebut. Ayah Hawa pula telah mngintai mereka dr jauh dn merancang utk mndapatkan Hawa semula.

       Konflik semakin mnjadi-jadi apabila Ad merancang brsama Hawa utk melarikan diri ke Kuantan brsama Am. Am semakin bingung kerana skiranya bayi itu tidak diserahkan kpd Mama, mereka berdua akan dibunuh. Disebabkan hal ini, Am telah bertekad utk brpisah dgn Ad....(part ni paling sedih kerana kedua2 watak bermain dgn hidup dan mati).



         Ad yg cuba melarikan diri ke Kuantan telah diekori oleh ayah Hawa. Cerita brtambah gawat apabila Hawa dgn tidak sengaja telah menikam ayahnya dgn botol kaca. Mereka berdua telah brjaya melarikan diri ke Kuantan. Pada masa yg sama, Am telah dikejar oleh ahli sindiket itu namun beliau telah brjaya melarikan diri dan tidak dibunuh.

        Kisah ini brkesudahan dgn tanda tnya??,,,,,,,Ad dan Hawa telah brjaya melarikan diri ke Kuantan brsama wang  hasil simpanan Am,,,,, Manakala Am, tidak smpat mnyertai mereka dan terus brada di KL tnpa sebarang cerita selpas itu..




Demikianlah kisah Songlap,,,,,kisah yg padat dgn masalah sosial yg kian mmbelenggu masyarakat masa kini....

Pemerdangan manusia (bayi dan juga wanita)
Pelacuran
Judi
Dadah
Pembunuhan
Sumbang mahram
Keterlanjuran

dan sebagainya lagi,,,,,,





Menampilkan:


:
Am / Adam Besar (Pelakon Utama)
:
Ad / Adam Kecil (Pelakon Utama)
:
Hawa (Pelakon Utama)
:
(Pelakon Pembantu)
:
Mak Minah (Pelakon Pembantu)
:
Rita (Pelakon Pembantu)
:
Abg Mat (Pelakon Pembantu)
:
Chipun (Artis Jemputan)
:
Man Remos (Artis Jemputan)
:
Yuppie Wife (Artis Jemputan)
:
Yuppie Hubby (Artis Jemputan)
:
Cabdriver (Artis Jemputan)





Monday, December 26, 2011

Knape ni !!!




arrggghhhh~~!!!!,,,,,,,,,,,,apsal rasa malas ni,,,,,
ntah la,,,tetibe mcm xde mood nk buat segala hal,,,

malas nk buat keje,,,,
nk semak kertas tutorial la,,,
nk semak lab report la,,,
nak wat review utk master study lg,,,

sume bnde ni,,,mmg xde mood nk buat,,,,
buat gitu2 jek,,,buat tp x siap,,,,,

mngape?....adakah disebabkan duit scholar x msuk lg,,,,,,hahhahahaaa....



saje je nk buat malas,,,,,coz nak rase relax,,,,,
lpas ni mula la mngelabah nk setlekan kesemua perkara di atas,,,,,

tp smngat akan mula hilang bila diri ni mengalami kegawatan ekonomi yg x menentu,,
muahahahaaa~~~,,,,,,




i nid someone to encourage me,,,,,,,but who?
















Wednesday, December 21, 2011

Kiamat itu pasti



Kiamat itu pasti,,,,,begitu juga dgn mati,,,,,,semua makhluk di dunia ini akan merasai kematian trmasuklah Malaikat Izrail,,,kecuali yg Maha Pencipta lagi Maha Esa, Allah s.w.t..

Dan semua prkara ini telah trmaktub di dalam al-Quran,,,,,kitab suci panduan khalifah di muka bumi...

Budak kmpung ttibe je nk post psal kiamat ni apabila trbaca satu artikel dr akhbar Kosmo, 22 Disember 2011..xtau la plak kalo akhbar lain pun ade artikel yg brkaitan,,,

btw,,artikel ni mnceritakan tentang ramalan pnduduk tamadun Mayan yg prnah suatu ketika dahulu mnghuni muka bumi ini,,,,bndaraya tamadun ini trletak di Mexico....masyarakat tamadun ini meramalkan bahawa kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012......brsamaan hari Jumaat....

berita lanjut sila layari,,,,,,Kosmo Online,,,Lokasi Kiamat

check diz also,,,,,Misteri Kalender Maya dan Ramalan Kiamat 2012




nauzubillah,,,,,,,,,,,,,,,,













Sunday, December 18, 2011

Alangkah Lucunya Negeri INi

hurmmmm,,,,,,budak kampung baru je selesai menonton filem ini di YouTube......saje mngisi masa luang yang terluang........







Kisah yang berlatarbelakangkan kehidupan rakyat miskin di Indonesia. Kisah ini dimulakan dengan menceritakan seorang sarjana, Muluk. Beliau merupakan lepasan Sarjana dalam Pengurusan (Master in Management) yang berada dalam situasi mencari pekerjaan. Namun, keadaan yang penuh dengan persaingan dan kmiskinan di negara tersebut mnyebabkan beliau agak sukar beroleh pekerjaan yang bersesuaian. Kehidupan beliau yang miskin tinggal di kawasan setinggan bersama ayahnya yang merupakan tukang jahit mndorong beliau utk terus berusaha mencari pekerjaan. Sudah dua tahun beliau mengganggur dan brcadang utk mmbuat perusahaan penternakan cacing namun timbul pula isu halal dan haram

Kisah ini semakin berkembang apabila beliau bertemu dgn seorang pencopek@penyeluk saku, bernama Komet. Pertemuan ini telah mmbawa beliau masuk ke dunia penyeluk saku dan bertemu dgn ketua mereka, Pak Jarot. Muluk menawarkan diri beliau utk mengelola dan mngembangkan wang hasil kerja mencuri mereka itu. Sebagai ganjaran, beliau mmbuat prjanjian dgn mereka dgn mengmbil 10% dari hasil mencuri itu. Wang selebihnya itu akan dikembangkan oleh Muluk supaya kanak-kanak kecil itu tidak perlu mncopet lagi.




Menyedari, kanak-kanak penyeluk saku itu tidak mmpunyai pendidikan yang sempurna sejak dari kecil, maka Muluk telah mngajak rakan beliau iaitu Samsul yang juga seorang pengganggur dan merupakan seorang Sarjana Pendidikan. Selain itu, Muluk turut membawa Pipit yang juga merupakan teman sekampung beliau utk mngajar kanak2 itu tentang pendidikan agama.




Kisah ini semakin berkembang apabila kanak2 ini mula mnyedari tentang kepentingan pendidikan di sekolah serta kepentingan agama dalam khidupan. Mereka diajar menulis, mmbaca, mengira seterusnya kpd sistem pndidikan negara dan juga pndidikan Islam yang merangkumi ibadah, akidah dan akhlak Islamiyah. Muluk mnyembunyikan hal ini drpd bapanya. Namun, setelah bapa mereka mngetahui hal tersebut, Muluk dan Pipit rasa bersalah kerana mnggunakan wang yg haram itu utk diberikan kpd keluarga mereka.




Menyedari hakikat ini, Muluk sedar betapa tugas mereka mndidik kanak2 itu telah sempurna. Maka, kanak2 itu disuruh agar meninggalkan kerja mnyeluk saku dan diberikan pelbagai barang utk dijual. Kanak2 itu diberi kebebasan sama ada mnjadi penjaja di tepi jalan atau terus mncari wang haram hasil dr mncuri. Kanak2 itu mula sedar tentang hakikat masa depan mereka.




Ending cerita ni agak sedih namun msej yg dismpaikan ckup teratur utk difahami penonton di luar sana. Filem yang cukup ringkas tentang kehidupan masyarakat Indonesi yang ditindas oleh budaya korupsi di tanah air sendiri......








Pengarah : Deddy Mizwar

Penulis skrip: Musfar Yasin

Tayangan : April 2010

Pelakon : Reza Rahadian, Deddy Mizwar, Slamet Raharjo, Jaja Miharja, Tio Pakusadewi, Sakurta Ginting




kalo nak tngok,,,,,,,sila layari Youtube ye,,,,   ALangkah Lucunya Negeri INi



Monday, December 12, 2011

Tinjau-tinjau,,,,,,






itu sahaja,,,,,











Saturday, December 10, 2011

Gerhana

10 Disember 2011M (15 Muharram 1433H),,,,,,,,,,,

Makhluk disebahagian dunia telah menyaksikan kejadian gerhana bulan,,,,,,
kejadian alam,,,lmbang kekuasaan Ilahi,,,,,
buat tatapan dan renungan para hambanya,,,,

keindahan gerhana,,,
mmbawa keheningan malam buat seketika,,,,
ada yg sedar,,,ada yg leka,,,

gerhana bulan nampak di mata,,,
gerhana di hati siapa yang tau,,,,,
gerhana bulan indah di mata,,,
gerhana di hati tiada ertinya,,,




Saturday, December 3, 2011

Takut atau berani?

Berani kerana benar, takut kerana salah,

mengapa perlu melarikan diri, sedangkan dia masih di hati,,
mengapa perlu diputuskan hubungan andai masalah tidak dpat diselesaikan,,
mngapa orang lain yg perlu disalahkan, sedangkan diri sndiri bnyak yg perlu diperbetulkan,
mengapa trlalu bertindak melulu walaupun diri tak tau menahu,
mengapa perlu ada rasa marah kalau diri tak rasa bersalah,,

*
*
*


"orang mengantuk disorongkan bantal"

"ibarat kacang lupakan kulit"
"habis madu, sepah dibuang"

"usah menangguk di air yang keruh"
kelak diri tidak bersuluh

"mendengarkan guruh di langit, air dalam tempayan ditumpahkan"
maka, "sediakanlah payung sebelum hujan"

"kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"
"terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya"



akhir kata;

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan didalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati,


Sekian,,,,,,,,,,,,,











Lihat ini Juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...