Tuesday, November 8, 2011

Tujuh Kategori Kaya

Teks ini adalah petikan daripada Majalah Solusi Edisi ke-37,,,,,,
bdk kampung malas nk create teks sndiri,,,,,,asalkan maksud n mesej tu smpai la ye...

Betapa ramai orang kaya terpaksa hidup "miskin" di tengah2 kekayaanya. Dia mempunyai harta tetapi tidak dapat menikmati hartanya. Kononnya mencari harta untuk kebahagiaan isteri dan anak-anaknya tetapi akhirnya isteri dan anak-anaknya menjadi korban kesibukan dan kerakusannya mencari harta tanpa henti....

********




Islam sebenarnya telah mndahului hasil kajian manusia. Ayat2 al-Quran dan hadith2 Rasulullah s.a.w telah mengatasi keterbatasan akal manusia untuk memberi erti kekayaan yang hakiki. Mengenai orang kaya yang tewas dalam kehidupan, al-Quran telah menjelaskan puncanya, tidak lain tidak bukan adalah akibat menolak petunjuk Allah s.w.t.

********

Apakah sebenarnya kekayaan itu? Kerana memiliki sesuatu? Tidak. Lihatlah betapa Allah s.w.t Maha Kaya. Allah Maha Kaya bukan kerana Dia memiliki (walaupun memang Allah memiliki segalanya) tetapi Allah itu Maha Kaya kerana dia tidak memerlukan segala sesuatu, sebaliknya segala sesuatulah yang memerlukan-Nya. Jadi kekayaan itu tidak diukur pada kuantiti perkara yang kita miliki tetapi pada kurangnya keinginan, keperluan dan kebergantungan kita terhadap sesuatu (sama ada barang, manusia, atau apa2 sahaja) dalam kehidupan ini.

Orang yang miskin harta tetapi kurang keinginan dan kebergantungannya kepada sesuatu pada hakikatnya ialah orang yang kaya. Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Kaya bukanlah diukur dengan banyaknya kemewahan dunia, namun kaya (ghina') ialah kaya hati." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

*********








Dalam dunia moden ini, kekayaan itu boleh dibahagikan kpd 7 kategori iaitu:



Kaya dalaman
Memiliki set minda yang positif, harga diri yang tinggi, ketenangan dalam dan kekuatan spritual yang tinggi.







Kaya Kesihatan
Health is wealth (kesihatan itu kekayaan). Tiada gunanya kejayaan dalam pekerjaan, keuntungan dalm perniagaan jika jatuh sakit dalam usaha mengejarnya.






Kaya Perhubungan
Jika perhubungan kita dengan keluarga dan orang di sekeliling dalam keadaan yang baik dan harmoni, kehidupan akan dapat dijalankan dengan lebih baik. Keluarga mesti diutamakan kerana di situlah terkumpulnya orang yang paling kita sayangi.










Kaya Kerjaya
Kerjaya menjadi sangat penting dalam dunia masa kini. Kerjaya ialah wasah bagi mengeluarkan seluruh potensi diri dan bakat seseorang. Kejayaan dalam kerjaya akan meningkatkan lagi harga diri.







Kaya Legasi
Buatlah sesuatu yang terus hidup setelah kita mati. Itulah yang sering dipesankan oleh orang yang bijaksana. Jangan sekadar hidup sekadar yang biasa2 sahaja tetapi berilah impak yang signifikan yang terus berkekalan dan dikenang sebagai legasi kepada generasi kemudian setelah pemergian kita.







Kaya Pengalaman
Jiwa manusia sentiasa dahagakan pengalaman baru. Perasaan ingin tahu dan menimba pengalaman baru akan menimbulkan keseronokan dan kecerian dalam hidup. Kita tidak boleh terperangkap dalam rutin hidup yang sama sahaja pada setiap masa. Aktiviti2 kemanusiaan, sukan, pelancongan dan lain2 akan memberikan kita rasa "kekayaan" yang sukar utk digambarkan.












Kaya Ekonomi
Wang walaupun bukan perkara terpenting dalam hidup, tetapi ia tetap penting utk menguruskan kehidupan dengan baik. Ia akan memudahkan kita memenuhi keperluan hidup tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Dengan wang, kita boleh membantu meringankan beban dan kesusahan orang lain dan ini akan memberi satu kepuasan dalam hidup.....












*






No comments:

Lihat ini Juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...