Saturday, November 26, 2011

The Last Days of an Artist

Kata orang,,,,,masa trluang yang ade,,,jgn dibuang dgn sia2,,,
Kata orang,,,,,,kalo bosan dgn rutin harian,,,,boleh la cari aktiviti yg diminati,,,

Maka, budak kampung trlintas untuk mmbaca sebuah novel dari perpustakaan Utama Universiti Malaya,,
actually, mmg jarang sekali baca novel kat library,,,bcoz selalu beli novel kat kdai2 jek,,,,

dlm usaha mncari novel tu,,,ttibe trlihat sebuat novel Inggeris yang menarik utk dbaca,,,tajuk agak bosan tp synopsis kat belakang tu,,,,mmg mnarik hati utk dbaca,,,



The Last days Of an Artist, Hari-hari Terakhir Seorang Seniman...

Sebuah novel yg mncaritakan kisah seorang Penglipur Lara yg berlatar belakangkan zaman ketika sebelum dan semasa kedatangan Jepun. Latar belakang yang agak lama utk dtelusuri dan dihayati brsama. Zaman yg mnggambarkan betapa harmoni suasana khidupan masyarakat Melayu di sebuah perkampungan trletak di negeri Melaka. Zaman yang tidak ada medium hiburan elektronik sperti radio atau televisyen. Apatah lagi sebuah mentol sebagai penyuluh di tngah kegelapan. Maka, kehidupan seorang penglipur lara sememangnya diinginkan bagi mereka yg inginkan hiburan di kala malam setelah selesai aktiviti kerja di siang harinya.

Novel ini mengisahkan bagaimana kebahagiaan dan keperitan hidupan seorang seniman yg brgelar penglipur lara. Penglipur lara yg dikenali sebagai Pak Hassan yg berasal dari Kelantan telah membawa diri, merantau di seluruh negeri setelah kematian ayah yang tercinta. Beliau sentiasa bercerita di setiap kampung, daerah atau pekan yang disinggahi sehinggalah membawa beliau ke sebuah perkampungan di Melaka di mana beliau dihormati sbg seorang seniman di kmpung itu. Kehadiran beliau mnjadi pnyeri bagi kehidupan msyarakat di situ lantaran tiada seorang pun yang mmpu mghiburkan hati orang kmpung di kala malam setelah keletihan mmbating tulang mngerjakan swah padi di siang hari. Beliau kemudiannya brtemu jodoh di situ dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Namun, kebahagiaan yg dnikmati makin dihambat pilu apabila isteri yg setia dan paling dicintai Pak Hassan telah meninggal dunia slpas melahirkan anak yang kdua. Anak kedua itu pula mngalami masalah terencat akal. Maka, anak sulung perempuan beliaulah yg brtindak mnjadi suri rumah serta ibu kpd adik bongsu yg dikasihi itu.

Walaupun khidupan hanya bertiga, namun khadiran orang kmpung yg sentiasa ingin mndengar kisah dari beliau sbg seorang penglipur lara terus mnjadi nadi kehrmonian keluarga itu. Plot cerita ini brtambah gawat apabila pnduduk kmpung dikjutkan dgn kisah Jepun ingin datang mnyerang dan mnjajah Malaya ketika itu. Kisah brtambah parah apabila, anak perempuan Pak Hassan telah kehilangan kesucian, dirogol oleh orang yg tidak dikenali. Plot cerita brtambah konflik sehingga mmbawa kpd kisah anak perempuannya melarikan diri dari rumah dan tidak pulang2 lagi lantaran malu dgn pnduduk kmpung ketika itu. Maka, bertmbah sunyi lah rumah itu apabila hilang seorang serikandi sbg penyeri rumah. Pak hassan pula semakin uzur dan tidak mmpu lagi pergi menangkap ikan dan mnguruskan sawah. Kesunyian seterusnya mmbawa kepada tekanan di rumah itu apabila anak bongsu beliau yang terencat itu pula telah menghilangkan diri entah ke mana...

Kehidupan pnduduk kmpung semakin sunyi. Demikianlah hari-hari terakhir seorang seniman di zaman itu. Beliau yang selalu menziarahi pusara isteri trcinta kini mnjadi tidak keruan. Setelah kehilangan isteri, keupayaan makin hilang, dtambah pula malang yg menimpa anak perempuannya, diikuti kecacatan anak kedua.... Dan kini, kedua-dua anaknya juga telah hilang dari mata, pergi ntah ke mana. Sorotan kisah hidup yg mnyedihkan itu terus dihambat pilu apabila Pak Hassan ditemui mati di tepi hutan. Maka, kmpung itu terus merasa kehilangan sebuah keluarga yang dahulunya dihormati kini tiada lagi dari pandangan mata. Yang tinggal hanya teratak lama yg telah dibina oleh pnduduk kmpung itu sndiri suatu ketika dahulu. Demikianlah kehidupan seorang Penglipur Lara di zaman itu......seorang seniman yg mmbwa kisah2 rakyat utk dihayati brsama yg mmberi pengajaran seribu makna.

Bagi mereka yg brminat dgn kisah ini,,,,boleh la rajinkan diri dapatkan buku ini utk dbaca....
















*Seorang penglipur lara bersama Kisah Si Gembang*



.
.
.
.

No comments:

Lihat ini Juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...