Wednesday, November 30, 2011

Deep impact

"aku ingatkan dengan gaya kau bercakap macam A. Samad Said segala bagai, sindirian umpama karpal singh berhujah mematangkan diri kau...tapi rupa2nya kau lagi budak2 dari aku...hahaha...lawak shhyyaaalll!!!!!!"




bagus la tu,,,bagus,,mmg bagus,,,,


ye laaaa,,,,,mybe ak xtau dari awal,,,,
kalo ak tau,,mmg bdk kmpung xkan buat la,,,,,,
tp bila dah terbuat,,,,boleh gak la tau,,,,
ape rhsia hati yg trpendam dlm diri si polan bin si polan tu,,,,,


alkisahnya begini,,,,,
berlaku di sebuah laman muka buku (facebook)
disebabkan geram,,,,bdk kmpung pun try la block sorg manusia ni,,,
ye la kannn,,,,coment2 dia tu bnyk mncarut bagai,,,,
so, dgn niat xnak la bg dia carut n kutuk lebih2,,,,bdk kmpung pun block la dia,,,so, dia x bleh la bc komen kita kannn,,,
at least,,,,dpt la reduce komen benci dia kat bdk kmpung ni,,,,
sape la kita kan,,,,,,ade mase diguna, ade mase terbuang


nk dipendekkan cerita, terasa brsalah plak la,,,kalo budak kmpung block dia,,,,
so, bdk kmpung pun unblock la manusia ni semula,,,,,
tanpa bdk kmpung sedari,,,,,since kita block n unblock back,,,,
kita terus unfriend or remove friend seseorang itu....


arrgghhhh!!!,,,,ak x berniat nk wat mcm tu,,,,
serius kowt,,,,just saje2 nk block dlm masa tidak lebih 12 jam,,,,
terus jd mcm ni,,,,,,,


so,,,,,,,bdk kmpung la yg jadi mgsa,,,
nk wat cmne kann,,,,,,buat sndiri, tanggung sndiri la,,,,


xpela,,,,bdk kmpung dah add dia semula,,,,
dah salah kita kann,,,
tp just nk highlite kat sini..
bdk kmpung xde niat nk remove dia or unfriend skalipun,,,






Pengajaran:
kpd pmbaca di luar sana,,,jgn la block kawan2 anda sesuka hati,,,nnti jd mcm bdk kmpung ni haaaa,,,,,,dugaan,,,,,tertekannn,,,,,









Saturday, November 26, 2011

The Last Days of an Artist

Kata orang,,,,,masa trluang yang ade,,,jgn dibuang dgn sia2,,,
Kata orang,,,,,,kalo bosan dgn rutin harian,,,,boleh la cari aktiviti yg diminati,,,

Maka, budak kampung trlintas untuk mmbaca sebuah novel dari perpustakaan Utama Universiti Malaya,,
actually, mmg jarang sekali baca novel kat library,,,bcoz selalu beli novel kat kdai2 jek,,,,

dlm usaha mncari novel tu,,,ttibe trlihat sebuat novel Inggeris yang menarik utk dbaca,,,tajuk agak bosan tp synopsis kat belakang tu,,,,mmg mnarik hati utk dbaca,,,



The Last days Of an Artist, Hari-hari Terakhir Seorang Seniman...

Sebuah novel yg mncaritakan kisah seorang Penglipur Lara yg berlatar belakangkan zaman ketika sebelum dan semasa kedatangan Jepun. Latar belakang yang agak lama utk dtelusuri dan dihayati brsama. Zaman yg mnggambarkan betapa harmoni suasana khidupan masyarakat Melayu di sebuah perkampungan trletak di negeri Melaka. Zaman yang tidak ada medium hiburan elektronik sperti radio atau televisyen. Apatah lagi sebuah mentol sebagai penyuluh di tngah kegelapan. Maka, kehidupan seorang penglipur lara sememangnya diinginkan bagi mereka yg inginkan hiburan di kala malam setelah selesai aktiviti kerja di siang harinya.

Novel ini mengisahkan bagaimana kebahagiaan dan keperitan hidupan seorang seniman yg brgelar penglipur lara. Penglipur lara yg dikenali sebagai Pak Hassan yg berasal dari Kelantan telah membawa diri, merantau di seluruh negeri setelah kematian ayah yang tercinta. Beliau sentiasa bercerita di setiap kampung, daerah atau pekan yang disinggahi sehinggalah membawa beliau ke sebuah perkampungan di Melaka di mana beliau dihormati sbg seorang seniman di kmpung itu. Kehadiran beliau mnjadi pnyeri bagi kehidupan msyarakat di situ lantaran tiada seorang pun yang mmpu mghiburkan hati orang kmpung di kala malam setelah keletihan mmbating tulang mngerjakan swah padi di siang hari. Beliau kemudiannya brtemu jodoh di situ dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Namun, kebahagiaan yg dnikmati makin dihambat pilu apabila isteri yg setia dan paling dicintai Pak Hassan telah meninggal dunia slpas melahirkan anak yang kdua. Anak kedua itu pula mngalami masalah terencat akal. Maka, anak sulung perempuan beliaulah yg brtindak mnjadi suri rumah serta ibu kpd adik bongsu yg dikasihi itu.

Walaupun khidupan hanya bertiga, namun khadiran orang kmpung yg sentiasa ingin mndengar kisah dari beliau sbg seorang penglipur lara terus mnjadi nadi kehrmonian keluarga itu. Plot cerita ini brtambah gawat apabila pnduduk kmpung dikjutkan dgn kisah Jepun ingin datang mnyerang dan mnjajah Malaya ketika itu. Kisah brtambah parah apabila, anak perempuan Pak Hassan telah kehilangan kesucian, dirogol oleh orang yg tidak dikenali. Plot cerita brtambah konflik sehingga mmbawa kpd kisah anak perempuannya melarikan diri dari rumah dan tidak pulang2 lagi lantaran malu dgn pnduduk kmpung ketika itu. Maka, bertmbah sunyi lah rumah itu apabila hilang seorang serikandi sbg penyeri rumah. Pak hassan pula semakin uzur dan tidak mmpu lagi pergi menangkap ikan dan mnguruskan sawah. Kesunyian seterusnya mmbawa kepada tekanan di rumah itu apabila anak bongsu beliau yang terencat itu pula telah menghilangkan diri entah ke mana...

Kehidupan pnduduk kmpung semakin sunyi. Demikianlah hari-hari terakhir seorang seniman di zaman itu. Beliau yang selalu menziarahi pusara isteri trcinta kini mnjadi tidak keruan. Setelah kehilangan isteri, keupayaan makin hilang, dtambah pula malang yg menimpa anak perempuannya, diikuti kecacatan anak kedua.... Dan kini, kedua-dua anaknya juga telah hilang dari mata, pergi ntah ke mana. Sorotan kisah hidup yg mnyedihkan itu terus dihambat pilu apabila Pak Hassan ditemui mati di tepi hutan. Maka, kmpung itu terus merasa kehilangan sebuah keluarga yang dahulunya dihormati kini tiada lagi dari pandangan mata. Yang tinggal hanya teratak lama yg telah dibina oleh pnduduk kmpung itu sndiri suatu ketika dahulu. Demikianlah kehidupan seorang Penglipur Lara di zaman itu......seorang seniman yg mmbwa kisah2 rakyat utk dihayati brsama yg mmberi pengajaran seribu makna.

Bagi mereka yg brminat dgn kisah ini,,,,boleh la rajinkan diri dapatkan buku ini utk dbaca....
















*Seorang penglipur lara bersama Kisah Si Gembang*



.
.
.
.

Tuesday, November 15, 2011

Orang Asli Temuan

Pada 12 hingga 13 November 2011 yang lalu, budak kampung brsama 7 orang rakan yg lain telah menjalankan projek khidmat masyarakati  di Kampung Orang Asli Ulu Kuang, Rawang. Orang asli di sini dikenali sbg orang asli Temuan. Pelbagai aktiviti telah djlankan spnjang program ini dan kbnyakan aktiviti ini adalah mnjurus kpd penerapan kepentingan pndidikan dlm kalangan anak-anak orang asli. Peserta terdiri drpd majoriti pelajar sekolah rendah,,,,ade gak la sekolah menengah tapi x ramai.

Di sini, bdk kmpung lampirkan beberapa gambar aktiviti buat tatapan pmerhati di luar sana.























walaupun berada di pinggir kota,,,,di kawasan pedalaman hutan,,,,,,
namun, anak-anak orang asli masih gigih dan brsemangat dlm mncari ilmu,,,,,
semoga penerapan pendidikan yg diberikan sejak dr awal ni mampu mmberi perubahan kpd pmikiran mereka... Ini kerana, masih ramai lagi anak2 orang asli ini masih belum sedar ttg kepentingan pendidikan.
Masih trdapat dr kalangan mereka yg malas utk melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi,,,,,
Faktor-faktor yg membawa kpd arah ini mungkin disebabkan kurang galakan keluarga, trpengaruh dgn rakan2 atau mgkin kurang kesedaran diri.
Maka, sememangnya mnjadi tanggungjawab kita sbg masyarakat yg berada di luar ini utk turut sama mmbantu mmberi panduan dan galakan buat anak2 orang asli yg sememangnya berkeinginan utk turut sama berjaya seprti anda.,,,,,,,,,






*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
***


Tuesday, November 8, 2011

Tujuh Kategori Kaya

Teks ini adalah petikan daripada Majalah Solusi Edisi ke-37,,,,,,
bdk kampung malas nk create teks sndiri,,,,,,asalkan maksud n mesej tu smpai la ye...

Betapa ramai orang kaya terpaksa hidup "miskin" di tengah2 kekayaanya. Dia mempunyai harta tetapi tidak dapat menikmati hartanya. Kononnya mencari harta untuk kebahagiaan isteri dan anak-anaknya tetapi akhirnya isteri dan anak-anaknya menjadi korban kesibukan dan kerakusannya mencari harta tanpa henti....

********




Islam sebenarnya telah mndahului hasil kajian manusia. Ayat2 al-Quran dan hadith2 Rasulullah s.a.w telah mengatasi keterbatasan akal manusia untuk memberi erti kekayaan yang hakiki. Mengenai orang kaya yang tewas dalam kehidupan, al-Quran telah menjelaskan puncanya, tidak lain tidak bukan adalah akibat menolak petunjuk Allah s.w.t.

********

Apakah sebenarnya kekayaan itu? Kerana memiliki sesuatu? Tidak. Lihatlah betapa Allah s.w.t Maha Kaya. Allah Maha Kaya bukan kerana Dia memiliki (walaupun memang Allah memiliki segalanya) tetapi Allah itu Maha Kaya kerana dia tidak memerlukan segala sesuatu, sebaliknya segala sesuatulah yang memerlukan-Nya. Jadi kekayaan itu tidak diukur pada kuantiti perkara yang kita miliki tetapi pada kurangnya keinginan, keperluan dan kebergantungan kita terhadap sesuatu (sama ada barang, manusia, atau apa2 sahaja) dalam kehidupan ini.

Orang yang miskin harta tetapi kurang keinginan dan kebergantungannya kepada sesuatu pada hakikatnya ialah orang yang kaya. Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Kaya bukanlah diukur dengan banyaknya kemewahan dunia, namun kaya (ghina') ialah kaya hati." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

*********








Dalam dunia moden ini, kekayaan itu boleh dibahagikan kpd 7 kategori iaitu:



Kaya dalaman
Memiliki set minda yang positif, harga diri yang tinggi, ketenangan dalam dan kekuatan spritual yang tinggi.







Kaya Kesihatan
Health is wealth (kesihatan itu kekayaan). Tiada gunanya kejayaan dalam pekerjaan, keuntungan dalm perniagaan jika jatuh sakit dalam usaha mengejarnya.






Kaya Perhubungan
Jika perhubungan kita dengan keluarga dan orang di sekeliling dalam keadaan yang baik dan harmoni, kehidupan akan dapat dijalankan dengan lebih baik. Keluarga mesti diutamakan kerana di situlah terkumpulnya orang yang paling kita sayangi.










Kaya Kerjaya
Kerjaya menjadi sangat penting dalam dunia masa kini. Kerjaya ialah wasah bagi mengeluarkan seluruh potensi diri dan bakat seseorang. Kejayaan dalam kerjaya akan meningkatkan lagi harga diri.







Kaya Legasi
Buatlah sesuatu yang terus hidup setelah kita mati. Itulah yang sering dipesankan oleh orang yang bijaksana. Jangan sekadar hidup sekadar yang biasa2 sahaja tetapi berilah impak yang signifikan yang terus berkekalan dan dikenang sebagai legasi kepada generasi kemudian setelah pemergian kita.







Kaya Pengalaman
Jiwa manusia sentiasa dahagakan pengalaman baru. Perasaan ingin tahu dan menimba pengalaman baru akan menimbulkan keseronokan dan kecerian dalam hidup. Kita tidak boleh terperangkap dalam rutin hidup yang sama sahaja pada setiap masa. Aktiviti2 kemanusiaan, sukan, pelancongan dan lain2 akan memberikan kita rasa "kekayaan" yang sukar utk digambarkan.












Kaya Ekonomi
Wang walaupun bukan perkara terpenting dalam hidup, tetapi ia tetap penting utk menguruskan kehidupan dengan baik. Ia akan memudahkan kita memenuhi keperluan hidup tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Dengan wang, kita boleh membantu meringankan beban dan kesusahan orang lain dan ini akan memberi satu kepuasan dalam hidup.....












*






Lihat ini Juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...