Sunday, July 3, 2011

Mari Memasak!!!...


Budak kampung ade dua resepi istimewa untuk dikongsi bersama rakan2 di luar sana. Kalo dah masak, sila lah jemput bdk kmpung merasa sekali ye.
Masakan kali ni sesuai untuk dihidangkan sempena majlis2 istimewa mcm bfde parti, mjlis perpisahan, berbuka puasa dan yang paling penting semasa sambutan hari raya.
selamat mencuba!!!!



Mee Rebus

Bahan-bahan:

Bawang putih (dikisar)
Bawang merah (dikisar)
Rempah daging (dibancuh dgn sedikit air)
Daging yang telah dihiris dadu
Taucu (fermented soya bean)..- ketuk dgn lesung kasi hancur
Air
Lengkuas (dihiris)
Kentang rebus yg dilenyet
Ubi keledek rebus yg dilenyet
Daun ketumbar (dihiris)
Kacang goreng yang dikisar
Garam
Gula
Tomato (Dipotong cantik)
Mee kuning
Tauge yg dicelur
Tauhu goreng

Cara Membuat???
1) Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar tu.
2) Gaul hingga sebati sampai naik bau n pecah minyak. Kemudian, masukkan rempah daging yang telah dibancuh.
3) Gaulkan hingga sebati dan masukkan hirisan daging. Selepas tu, masukkan taucu yang telah diketuk atau dilenyek. Masukkan air supaya tidak terlampau pekat atau kering.
4) Gaulkan hingga sebati dan masukkan hirisan lengkuas, kentang lenyek, dan juga ubi keledek lenyek.
5) Kemudian, masukkan hirisan daun ketumbar dan juga kacang goreng yang telah dikisar.
6) Kecilkan api, dan gaulkan hingga sebati. Masukkan garam n gula secukup rasa.
7) Kemudian masukkan buah tomato (terpulang la nk masukkan atau tak)
8) Panaskan dan gaul hingga masak. Masukkan bancuhan tepung jagung sekiranya kuah tidak pekat.
9) Bila dah rase ok tu, bleyh la hidangkan dgn mee kuning yang telah dicelur bersama tauge dan tauhu goreng sebagai penghias. selamat menjamu selera!!










Laksa Johor

Bahan A (Bahan yang perlu dikisar):
Cili kering (rebus dlm air panas utk bg soft2 k)
Seulas Halia
Seulas Lengkuas
Serai
Udang kering
Bawang besar
Bawang kecil
Bawang putih
Belacan
Jintan manis

Bahan B 
Ikan kembung (direbus n dikisar tanpa tulang)
Ikan parang (Direbus n dikisar tanpa tulang)
Ikan masin (dikisar, sikit jek)
Isi udang (dikisar)
Air rebusan kepala udang (rebus dgn sedikit minyak, serai n bawang)
Rempah daging
Santan kelapa
Kerisik
Air asam jawa (secukup rasa)
Daun kesum (dipotong)
Daun pudina (dipotong)
Garam
Gula
Spageti 


Cara membuat???
1) Tumis semua bahan yang dikisar tu (dgn minyak sayuran la ye,,,,minyak sawit or olive oil kalo nak mahal la kann). Lpas dah pecah minya n naik bau, sila masukkan rempah daging yg dah dibancuh dgn sedikit air.
2) Lepas tu, sila kecilkan api sikit. Masukkan santan. Kacau hingga sebati.
3) Masukkan ketiga-tiga jenis ikan. Kacau hingga sebati dan kemudian masukkan kerisik dan air asam jawa.
4) Selepas tu, masukkan air rebusan kepala udang (jgn masukkan kepala udang plak ye). Kemudian, masukkan gula n garam secukup rase.
5) Masukkan daun kesum dan juga daun pudina.
6) Kacau hingga sebati sehingga dah rase betul2 masak.
7) Hidangkan bersama spageti. Dihias bersama potongan daun kesum, daun ketumbar, dan juga tauge.
8) Selamat menjamu selera.       





Ulasan:
Sumber resepi berdasarkan rancangan masak2 bersama Chef Wan bersiaran tidak langsung dr Asia Food Channel (AFC Astro). Harap maaf, resepi ini tidak disertakan dgn sukatan atau ukuran yang sebenar. budak kampung just bg tau bahan2 n cara2 masak jek. So, pndai2 la korg nk bajet bnyk mane yg diperlukan. Kalo nak lebih pedas, tambah cili. Nak rase ikan, tambah la lebbih bnyk ikan,,,,,lebih kurang mcm tu la ye..

Selamat mencuba. Kala dah cuba tu, jgn segan silu utk berkongsi rahsia kejayaan anda memasak Laksa Johor versi Chef wan kita ni. Hurmmm,,,,,,bila tngok bahan2 dia pun, dah ckup mnyelerakan. Dalam resepi ni, Chef Wan guna spageti......katenye spegeti ni dprkenalkan time pnjajahan British dahulu kala. Tp uolz bleyh jek kalo nak guna mee kuning or laksa beras tu ha....(tp xtau la sedap ke x),,,,,=__="       




                                                                                                                 

3 comments:

Shasha Ng said...

Mee rebus :) I tasted it! :D

BuDak KaMpunG said...

at last,,,,,

btw,,,ur blog,,,,so "bersawang"

Shasha Ng said...

watever :)

Lihat ini Juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...