Wednesday, May 18, 2011

Bismillahirrahmanirrahim........

Dalam kesejukan hujan di luar sana......
budak kampung terasa kebosanan plak....dan ingin mmbuat sesuatu yg mnyenangkan hati..
dalam usaha pncarian itu, ak trpandang la sebuah buku yg dah lame ak x baca...
agak lame la...dalam dua bulan yg lalu...hihihhiii...
buku ape?.....Antologi Hikayat Pendek Islam....
kpada mereka yg mngetahui, mungkin dah prnah trbaca post budak kmpung sebelum ni berkaitan dengan kisah harimau dan sekeping roti....

dan kali ini, budak kampung ingin berkongsi sebuah Hikayat pendek Islam..
namun, hikayat ni juga boleyh dibaca oleh mereka yg bukan pnganut agama Islam...sekadar untuk renungan..
hikayat kali ini berkisarkan kelebihan bacaan Bismillah....
Bismillah al-Rahman al-Rahim yg bermaksud... dgn nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Hurmm....sememangnya penganut agama Islam disarankan malah digalakkan mmbaca bacaan Bismillah setiap kali ingin memulakan sebarang kerja atau urusan sama ada kecil atau pun besar.

Sesungguhnya terdapat begitu bnyk keberkatan sekiranya kita mngamalkan bacaan ini dalam kehidupan.
Maka, budak kmpung berasa trpanggil untuk brkongsi sebuah cerita tentang kelebihan bacaan Bismillah dalam kehidupan harian.....



Kisah pertama....
"Dialog Antara Dua Syaitan"

      Dihikayatkan bahawa syaitan gemuk telah berjumpa dengan syaitan kurus. Lalu kedua-duanya sapa-menyapa dan berbual-bual.

Syaitan gemuk : 
Hai kawan, kenapa engkau terlalu kurus seperti ini?

Syaitan kurus   : 
Aku tidak dapat menghampiri seorang lelaki. Malah, aku diseksa oleh lelaki itu.

Syaitan gemuk  :
Kenapakah boleh jadi sampai begitu? Apakah amalan lelaki itu?


Syaitan kurus  :
Lelaki itu mngamalkan bacaan Bismillah. Apabila dia masuk ke rumahnya, dia membaca Bimillah al-Rahman al-Rahim. Begitu juga apabila dia hendak memulakan kerjanya atau hndak makan dan minum. Aku trpaksa menjauhkan diri daripadanya. Inilah yang menyebabkan ak mnjadi kurus. Engkau pula gemuk! Bagaimnakah engkau boleh mnjdai gemuk begini?


Syaitan gemuk  :
Ak berjaya menguasai seorang lelaki. Apabila dia masuk kerumahnya, dia tidak mnbaca Bismillah. Demikianlah juga apbila dia hendak makan, minum dan lain-lain. Aku bukan sahaja dapat mnghampirinya, malah aku sering mnunggang di atas tengkuknya. Aku dijadikan sebagai binatang tunggangangku. Sebab itulah aku mnjadi gemuk.

Wallahu a'lam





Kisah kedua....
"Racun Menjadi Tawar"


      Dalam satu hikayat, seorang hamba telah mencampurkan racun dalam minuman tuannya. Perbuatan khianat ini walaupun telah berkali-kali dilakukan oleh hamba itu dan minuman bercampur racun ini memang telah diminum oleh tuannya, tetapi sedikit pun tidak memberi kesan. Keadaan ini amat menghairankan hamba itu. Akhirnya dia insaf dan terus mmbatalkan niatnya hendak mmbunuh tuannya itu. Lalu dia mngambil keputusan untuk berterus terang memberitahu tuannya tentang perbuatan khianat yang telah dilakukannya itu. Katanya:

     "Tuan, aku mengaku aku telah mengkhianati tuan. Aku harap tuan mengampunkan aku. Demi Allah aku tidak akan melakukannya lagi."

      "Apakah yang telah engkau lakukan kepadaku?" tanya tuan itu.

      "Aku telah beberapa kali mencampurkan racun ke dalam minuman yang aku sediakan untuk tuan," jawab hamba itu membuka rahsianya.

      "Kenapa engkau melakukan perbuatan itu? Kenapa engkau hendak membunuh aku?"

      "Tuan sudah tua. Aku sudah lama menjadi hamba tuan, tetapi tuan tidak juga membebaskan aku. Sebab itulah aku hendak membunuh tuan. Tetapi sungguh hairan, racun itu sedikit pun tidak memberi kesan kepada tuan.Bolehkah tuan terangkan kenapa racun itu tidak memberi kesan apa-apa kepada tuan?"

      "Alhamdulillah. Sebabnya ialah setiap kali hendak minum dan makan, aku membaca Bismillah al-Rahman al-Rahim. Berkat bacaan inilah, racun itu tidak memberi mudarat kepadaku."

Tuan itu bersyukur kepada Allah Taala dan hambanya itu lalu dibebaskan dengan penuh kerelaan. Wallahu a'lam



Mukjizat atau kelebihan bacaan Bismillah ini juga turut dikongsikan oleh seorang penulis blog.... anggerikdesa-alin.blogspot.com Check it out...







No comments:

Lihat ini Juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...