Wednesday, May 25, 2011

Layan Lagu Joget.....




Selamat mndengar......n hayati bersama bg insan yg sedang hangat bercita di luar sana..
oopppppssss~~~........




Riuh kicau unggas rimba
Langit biru kala senja
Kini engkau jauh dari mata
Hatiku merindu tiap masa



Pagi hari pergi pekan
Pakai baju bunga-bunga
Bila hati sedang kesepian
Ku tulis untuk mu surat cinta



Memanglah hai adat berkasih
Berpisah selalu gelisah
Terbayang kenangan yang manis
Terasa kau ada bersama



Padamu hai si jantung hati
Dalam tidur ku termimpi-mimpi
Selagi kita berjauhan
Hati rindu tiada tertahan



Kalau pergi Kuala Kubu
Tulis nama atas batu
Saban hari ku menanti waktu
Pulang segera kepada ku


Sunday, May 22, 2011

Citrawarna Malaysia 2011

Hurmm....budak kampung bukan nak bercerita secara detail ape itu Citrawarna Malaysia..
Bnde2 tu sume korg bleyh search sendirik je dlm internet.....
(saje nak suh korg update skit dgn segala aktiviti menarik yg telah drancang n disusun degna baik oleh kementerian pelanconga negara...~~betul ke nama kementerian tuhhh~~...)



Haaa....
bdk kmpung trpanggil utk mmeriahkan lagi smbutan citrwarna Malaysia baru2 ni yg diadakan di dataran Merdeka pada 21 Mei 2011..(Sabtu...8 mlm-12 mlm)...
bdk kmpung g sorg jek....knape?....
sebab kawan2 yg lain x dpt dtg kata mereka....hujan lebat mlm tu..
tapi alhamdulillah la....kat dataran merdeka..hujan renyai2 je...
setiap yg berlaku tu ade hikmahnye..
sape la kawan2 bdk kampung yg x dpt dtg tu...kesiann diaorg kannnzz..

dah la ak tak bawak payung time tu...
trpaksa la berpayungkan jaket yg ak bawak time tu....
walau basah..n sejuk..namun dgn berbekalkan semngat yg ade..bdk kmpung terus setia berada di kerusi2 penonton utk terus menanti perarakan citrwarna Malaysia berlangsung..
even keseorangan..namun, prformance perarakan pada malam tu begitu memukau mata n sngt meriah sekali...

mmg hebat la performance diorg pada mlm tu...
dimulakan dengan perarakan masuk pahlawan berkuda..
diteruskan dgn prsembahan pembukaan...
lpas tu ade la tarian sewang, prsembahan kebudayaan msyarakat cina, india n kaum siam Malaysia..
prsembahan psal aktiviti kesuakanan, kebuadayaan masyarakat negeri Melaka,
tarian buah-buahan n makanan pun ade gak....diseikan pula degna tarian ala2 ecopelancongan..
tarian cuti malaysia, zapin mega, joget lambak beramai2 n bnyk lagi larr...
bertambah gempakzz.....dengan keindahan bunga api pada mlm tu..



fuhhh..
demikianlah alkisahnye Citrawarna Malaysia 2011..
1st time ak mghadiri perarakan ni...b4 diz join utk sambutan kemerdekaan jek..


I LOVE MALAYSIA!!!!!!!!!!
(tetibe kann..)












Wednesday, May 18, 2011

Bismillahirrahmanirrahim........

Dalam kesejukan hujan di luar sana......
budak kampung terasa kebosanan plak....dan ingin mmbuat sesuatu yg mnyenangkan hati..
dalam usaha pncarian itu, ak trpandang la sebuah buku yg dah lame ak x baca...
agak lame la...dalam dua bulan yg lalu...hihihhiii...
buku ape?.....Antologi Hikayat Pendek Islam....
kpada mereka yg mngetahui, mungkin dah prnah trbaca post budak kmpung sebelum ni berkaitan dengan kisah harimau dan sekeping roti....

dan kali ini, budak kampung ingin berkongsi sebuah Hikayat pendek Islam..
namun, hikayat ni juga boleyh dibaca oleh mereka yg bukan pnganut agama Islam...sekadar untuk renungan..
hikayat kali ini berkisarkan kelebihan bacaan Bismillah....
Bismillah al-Rahman al-Rahim yg bermaksud... dgn nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Hurmm....sememangnya penganut agama Islam disarankan malah digalakkan mmbaca bacaan Bismillah setiap kali ingin memulakan sebarang kerja atau urusan sama ada kecil atau pun besar.

Sesungguhnya terdapat begitu bnyk keberkatan sekiranya kita mngamalkan bacaan ini dalam kehidupan.
Maka, budak kmpung berasa trpanggil untuk brkongsi sebuah cerita tentang kelebihan bacaan Bismillah dalam kehidupan harian.....



Kisah pertama....
"Dialog Antara Dua Syaitan"

      Dihikayatkan bahawa syaitan gemuk telah berjumpa dengan syaitan kurus. Lalu kedua-duanya sapa-menyapa dan berbual-bual.

Syaitan gemuk : 
Hai kawan, kenapa engkau terlalu kurus seperti ini?

Syaitan kurus   : 
Aku tidak dapat menghampiri seorang lelaki. Malah, aku diseksa oleh lelaki itu.

Syaitan gemuk  :
Kenapakah boleh jadi sampai begitu? Apakah amalan lelaki itu?


Syaitan kurus  :
Lelaki itu mngamalkan bacaan Bismillah. Apabila dia masuk ke rumahnya, dia membaca Bimillah al-Rahman al-Rahim. Begitu juga apabila dia hendak memulakan kerjanya atau hndak makan dan minum. Aku trpaksa menjauhkan diri daripadanya. Inilah yang menyebabkan ak mnjadi kurus. Engkau pula gemuk! Bagaimnakah engkau boleh mnjdai gemuk begini?


Syaitan gemuk  :
Ak berjaya menguasai seorang lelaki. Apabila dia masuk kerumahnya, dia tidak mnbaca Bismillah. Demikianlah juga apbila dia hendak makan, minum dan lain-lain. Aku bukan sahaja dapat mnghampirinya, malah aku sering mnunggang di atas tengkuknya. Aku dijadikan sebagai binatang tunggangangku. Sebab itulah aku mnjadi gemuk.

Wallahu a'lam





Kisah kedua....
"Racun Menjadi Tawar"


      Dalam satu hikayat, seorang hamba telah mencampurkan racun dalam minuman tuannya. Perbuatan khianat ini walaupun telah berkali-kali dilakukan oleh hamba itu dan minuman bercampur racun ini memang telah diminum oleh tuannya, tetapi sedikit pun tidak memberi kesan. Keadaan ini amat menghairankan hamba itu. Akhirnya dia insaf dan terus mmbatalkan niatnya hendak mmbunuh tuannya itu. Lalu dia mngambil keputusan untuk berterus terang memberitahu tuannya tentang perbuatan khianat yang telah dilakukannya itu. Katanya:

     "Tuan, aku mengaku aku telah mengkhianati tuan. Aku harap tuan mengampunkan aku. Demi Allah aku tidak akan melakukannya lagi."

      "Apakah yang telah engkau lakukan kepadaku?" tanya tuan itu.

      "Aku telah beberapa kali mencampurkan racun ke dalam minuman yang aku sediakan untuk tuan," jawab hamba itu membuka rahsianya.

      "Kenapa engkau melakukan perbuatan itu? Kenapa engkau hendak membunuh aku?"

      "Tuan sudah tua. Aku sudah lama menjadi hamba tuan, tetapi tuan tidak juga membebaskan aku. Sebab itulah aku hendak membunuh tuan. Tetapi sungguh hairan, racun itu sedikit pun tidak memberi kesan kepada tuan.Bolehkah tuan terangkan kenapa racun itu tidak memberi kesan apa-apa kepada tuan?"

      "Alhamdulillah. Sebabnya ialah setiap kali hendak minum dan makan, aku membaca Bismillah al-Rahman al-Rahim. Berkat bacaan inilah, racun itu tidak memberi mudarat kepadaku."

Tuan itu bersyukur kepada Allah Taala dan hambanya itu lalu dibebaskan dengan penuh kerelaan. Wallahu a'lam



Mukjizat atau kelebihan bacaan Bismillah ini juga turut dikongsikan oleh seorang penulis blog.... anggerikdesa-alin.blogspot.com Check it out...







Monday, May 16, 2011

Khazanah....kenangan


keychain ??..... master 7th collge yg bagi.....
tu kunci bilik ak dulu....

keychain wolverine....from KFC...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Azan


Allah Maha Besar.. Allah Maha Besar...
Allah Maha Besar.. Allah Maha Besar...

Aku bersaksi tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah..
Aku bersaksi tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah..

Aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..
Aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..

Marilah menunaikan solat..
Marilah menunaikan solat..

Marilah menuju kejayaan..
Marilah menuju kejayaan..

Allah Maha Besar.. Allah Maha Besar..

Tiada Tuhan selain Allah..


*
*
*
*
*
*
*














Tuesday, May 10, 2011

Di Le Ma



Bila hidup ini ade bynk pilihan......maka kita mmg perlu utk memilih...

nak continue keje.........nak smbung master.......
                nak smbung master.........nak continue keje.......
nak continue keje.........nak smbung master.......
               nak smbung master.........nak continue keje.......

so, trprangkap lah aku di "zon selesa"....keep thinking n assuming wat wil happened aftr diz..
relax....keep on searching for something..
just keep reading for new things.....


slagi "duit" tu ade...bleyh lg la duk melepak...hihihihhihhihii...
bukan senang dpt duk relax mcm ni....
tp kalo lame sngt...bleyh jd bohsan ak dibuatnye....
jiwa makin malas.....


pilihan hidup ni mmg sukar.....

Saturday, May 7, 2011

Hitam Putih Masa Depan

 

mmg lirik lagu ni amat mnyentuh jiwa...
mula2..budak kampung ade trdengar kat corong radio Classic Nasional..
tertnye2 sape yg nyanyi...rupa2nye...akak Sheila Majid kita kann..

hurmm...baru2 ni...(agak baru larr)..lagu ni telah dinyanyikan oleh pasukan koir kebangsaan..
sempena konsert jelajah koir kebangsaan...dianjurkan oleh jabatan kesenian n kebudayaan negara di 
experimental teater UM........^^!
sempenan program cintakan keamanan.....(bdk kampung like event2 mcm ni)..
hurmmm..mmg best la,,,,,,

kpd pmbaca di luar sana...yg x pernah dgr lagu ni..
sila la download dgn segera...
kita dengar n hayati liriknya brsama2.....

lalalalalalalalalaaaaa.


 

Hitam Putih Masa Depan

Artist: Sheila Majid
 
Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

Lihat ini Juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...