Monday, March 28, 2011

Mengenang nasib di sini...



          Setelah sekian lama aku mendiamkan jiwa,,,,kini budak kampung mnjelmakan diri bagi mngubat kegusaran di jiwa yg telah terpendam sekian lama. Alhamdulillah, kini hampir genap 6 bulan ak bekerja di Terra Garden Biotech Sdn Bhd... Dan selama 6 bulan ni, sememangnya pelbagai suka duka, pahit maung, pahit getir hidup telah bdk kampung hadapi bersama2 dgn rakan sekerja di sini...pengalaman hidup yang aku lalui bersama mereka amat sukar utk aku lupakan... Dan kenangan itulah yg mmbuatkan bdk kampung seringkali termenung sejenak mngenang nasib diri di sini..




               Kesabaran hidup aku di sini seringkali diuji dgn pelbagai dugaan dan cabaran yg mmg ak x pernah duga sebelum ini. Dunia kerjaya ini tidak semestinya indah bg mereka yg impikan kerjaya yg selari dgn pngajian mereka. Namun, bila difikirkan kembali,,,kerjaya itu adalah brgantung kpd usaha sendiri dan pintu rezeki masing2.. Kita berhak untuk memilih dan kadangkala pilihan kita itu tidak semestinya mampu mmuaskan hati kita sbg manusia. Masa yang kian berlaLu mmpu untuk mengubah fikiran dan andaian kita selama ini... Pengaruh rakan sekerja dan tekanan d tmpat kerja akan mmberikan satu impak ke arah perubahan cara kita berfikir selama ini. Namun, setiap manusia itu sememangnya dianugerahkn minda utk brfikir dan terpulanglah buat mereka utk mmbuat pilihan dlm kehidupan dan hala tuju masa depan.

     dan aku di sini kian celaru....adakah bdk kmpung harus meneruskn kehidupan di sini atau mngejar cita2 keluarga dan diri sendiri?....adakah langkah aku yg seterusnya ini akan mmberikan kepuasan buat diri ini dan tidak akn mnyesal slepas itu..??....Sekian lama aku berfikir,,,,bdk kmpung kian celaru dan keliru... Aku di sini masih meneruskn kehidupan seperti biasa seakan2 tidak ada ape2 yg perlu diberikan perhatian. Yang aku tau...kerja..kerja...dan terus bekerja tanpa mnghiraukan kebajikan diri sendiri...

    Adakah aku ini trlampau kejam sehingga tidak kasihankan diri sendiri...tetapi inilah lumrah kehidupana,,,walau apapun ujian dan cabaran yg mndatang...bdk kmpung perlu tanamkan azam di jiwa...utk hadapi segalnya dengan kesabaran. Dan selama 6 bulan...bdk kmpung terus brpegang kpd pndirian itu... Sememangnya masa yg berlalu itu terasa begitu singkat sekaLi....tetapi bagi aku masa2 yg berlalu itu sngt bermakna dan perlu utk diingati buat selamanya...

     Tmpat aku berpijak kini adalah tmpat pertama buat aku utk mncari rezeki.... Aku masih ingt...bagaimana ak telah brsusah payah demi utk bekerja di sini demi brsaing dgn gradua2 yg lebih bagus ketika itu... Dan rezeki telah berpihak buat bdk kmpung dan aku maih brfikir adakah ini takdirku atau sekadar persinggahan buat diri ini utk mncari secubit pengalaman?.....mungkinkah??...apakah?....benarkah?.....persoalan demi persoalan bermain di minda...

       Ya Allah ya Tuhanku...hanya kepada-Mu ak brserah....berikanlah petunjuk buat hambamu yg lemah ini dalam mncari hala tuju kehidupan yang Engkau redhai....dan jauhkanlah diri ini drpd perkara2 yg Egkau murkai.. Aku terus berdoa....berfikir dan merenung...kadangkala berkhayal sehingga trlupa akan tanggungjawab yg masih digalas di bahu.

      Ak amat risau...seandainya pilihanku selepas ini adalah utk berhenti....apakah yg akan terjadi kpd mereka yg masih berada di sini....mereka yg telah bnyk mngajar aku ttg erti sebuah kehidupan bekerjaya di sebuah tmpat yg jauh dr kota. ...

-ckup setakat ini-


No comments:

Lihat ini Juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...