Monday, March 28, 2011

Mengenang nasib di sini...



          Setelah sekian lama aku mendiamkan jiwa,,,,kini budak kampung mnjelmakan diri bagi mngubat kegusaran di jiwa yg telah terpendam sekian lama. Alhamdulillah, kini hampir genap 6 bulan ak bekerja di Terra Garden Biotech Sdn Bhd... Dan selama 6 bulan ni, sememangnya pelbagai suka duka, pahit maung, pahit getir hidup telah bdk kampung hadapi bersama2 dgn rakan sekerja di sini...pengalaman hidup yang aku lalui bersama mereka amat sukar utk aku lupakan... Dan kenangan itulah yg mmbuatkan bdk kampung seringkali termenung sejenak mngenang nasib diri di sini..




               Kesabaran hidup aku di sini seringkali diuji dgn pelbagai dugaan dan cabaran yg mmg ak x pernah duga sebelum ini. Dunia kerjaya ini tidak semestinya indah bg mereka yg impikan kerjaya yg selari dgn pngajian mereka. Namun, bila difikirkan kembali,,,kerjaya itu adalah brgantung kpd usaha sendiri dan pintu rezeki masing2.. Kita berhak untuk memilih dan kadangkala pilihan kita itu tidak semestinya mampu mmuaskan hati kita sbg manusia. Masa yang kian berlaLu mmpu untuk mengubah fikiran dan andaian kita selama ini... Pengaruh rakan sekerja dan tekanan d tmpat kerja akan mmberikan satu impak ke arah perubahan cara kita berfikir selama ini. Namun, setiap manusia itu sememangnya dianugerahkn minda utk brfikir dan terpulanglah buat mereka utk mmbuat pilihan dlm kehidupan dan hala tuju masa depan.

     dan aku di sini kian celaru....adakah bdk kmpung harus meneruskn kehidupan di sini atau mngejar cita2 keluarga dan diri sendiri?....adakah langkah aku yg seterusnya ini akan mmberikan kepuasan buat diri ini dan tidak akn mnyesal slepas itu..??....Sekian lama aku berfikir,,,,bdk kmpung kian celaru dan keliru... Aku di sini masih meneruskn kehidupan seperti biasa seakan2 tidak ada ape2 yg perlu diberikan perhatian. Yang aku tau...kerja..kerja...dan terus bekerja tanpa mnghiraukan kebajikan diri sendiri...

    Adakah aku ini trlampau kejam sehingga tidak kasihankan diri sendiri...tetapi inilah lumrah kehidupana,,,walau apapun ujian dan cabaran yg mndatang...bdk kmpung perlu tanamkan azam di jiwa...utk hadapi segalnya dengan kesabaran. Dan selama 6 bulan...bdk kmpung terus brpegang kpd pndirian itu... Sememangnya masa yg berlalu itu terasa begitu singkat sekaLi....tetapi bagi aku masa2 yg berlalu itu sngt bermakna dan perlu utk diingati buat selamanya...

     Tmpat aku berpijak kini adalah tmpat pertama buat aku utk mncari rezeki.... Aku masih ingt...bagaimana ak telah brsusah payah demi utk bekerja di sini demi brsaing dgn gradua2 yg lebih bagus ketika itu... Dan rezeki telah berpihak buat bdk kmpung dan aku maih brfikir adakah ini takdirku atau sekadar persinggahan buat diri ini utk mncari secubit pengalaman?.....mungkinkah??...apakah?....benarkah?.....persoalan demi persoalan bermain di minda...

       Ya Allah ya Tuhanku...hanya kepada-Mu ak brserah....berikanlah petunjuk buat hambamu yg lemah ini dalam mncari hala tuju kehidupan yang Engkau redhai....dan jauhkanlah diri ini drpd perkara2 yg Egkau murkai.. Aku terus berdoa....berfikir dan merenung...kadangkala berkhayal sehingga trlupa akan tanggungjawab yg masih digalas di bahu.

      Ak amat risau...seandainya pilihanku selepas ini adalah utk berhenti....apakah yg akan terjadi kpd mereka yg masih berada di sini....mereka yg telah bnyk mngajar aku ttg erti sebuah kehidupan bekerjaya di sebuah tmpat yg jauh dr kota. ...

-ckup setakat ini-


Monday, March 7, 2011

Hikayat Pendek..

Fuhh....
dah agak bersawang mawang jugak la blog budak kampung ni,...dah lama sngt ak x post cerita or khabar trbaru kpd pembaca di luar sana... So, budak kampung ingin meminta maaf kpd para pmbaca yg masih setia utk menanti post trbaru drpd budak kmpung. Mungkin juga dah ramai yg malas nak amik tahu psal kisah hidup n kisah org laen dlm blog bdk kmpung ni. Walau ape sekalipun...bdk kmpung akan setia utk terus menaip even masa kian mncemburui perjalanan hidup ak yg dah berkerjaya ni. Sekarang ni...bdk kmpung amat mnyedari betapa masa itu sngt berharga dan amat perlu untuk dihargai apabila kita sudah hidup berkerjaya. Kerja...dan terus kerja...demikianlah kisah hidup seorang pekerja... Dan sememangnya amat berbeza dgn kehidupan kita semasa brgelar pelajar mahupun mahasiswa...

Haaa....ape2 je larr..yang penting bdk kmpung nak mnceritakan kpd rakan2 di luar sana tentang hikayat pendek Islam.... Hikayat ini telah disunting semula daripada buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yg bertajuk Antalogi Hikayat Pendek Islam: Doa Orang Teraniaya... Haaa..ade byk kisah menarik dlm buku ni... Yg akan membawa kita utk terus mndekatkan diri kpd Maha Pencipta...

Dlm bnyk2 hikayat ni..bdk kmpung tertarik hati nak post sebuah hikayat yg ckup pendek tetapi sngt bermakna. Hikayat ini bertajuk " Terselamat Daripada Harimau",,,,
Jom kita terjah bersama2......

     Pada suatu hari, seorang wanita telah memasuki hutan bersama anaknya untuk mencari kayu api. Tiba-tiba anaknya menjerit  kerana ditangkap oleh seekor harimau yang besar dan terus diseret ke tengah hutan.

     Kebetulan selepas itu, datang seorang hamba Allah meminta makanan daripada perempuan itu. Kebetulan pula, perempuan itu ada membawa bekalan roti. Roti itu lalu diberikannya kepada hamba Allah itu.

   Tidak lama kemudian, harimau tadi datang semula. Anak yang dilarikannya tadi, dengan sedikit kecederaan, turut dibawa ke situ. Harimau itu pergi, meninggalkan mangsanya dalam keadaan selamat. Ketika itu juga kedengaran suara: "Inilah balasan satu suap dengan satu suap."

Gambar hiasan jek
Wallahu a'lam.....

Lihat ini Juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...