Monday, November 8, 2010

Kod: Cinta

knape ade word kod?...
terpengaruh dgn citer MegaMind...citer animation paling sewel pernah ak tngok..
hahahahaaaa.....



ok berbaLik kpd kod yg serius ni: "CINTA"...

   
   Ntah la....bila sebut saje psal cinta, hati ni sering tertanya2 adakah ak ni pernah jatuh cinta. Maksud ak, cinta sesama manusia..cinta yg akan mmbuatkn kita gila.. Kate org cinta itu buta, yg boleh mmbuatkn kita gila dan kadangkala alpa. Ak mmg ada prasaan cinta, tetapi siapakah yg mampu mmbuka pintu hati ini untuk menerima cinta yg tulus ikhlas dr hati?...

  Post kali ni mmg agak jiwang, tp inilah reality...hidup perlu diteruskan. Walau siapapun kita, walau di mana jua kita berada, walau kita sudah meningkat usia...seandainya ditakdirkan Illahi, cinta itu akan menjelma dan mmbawa kita kpd kehidupan yg baru.. Tapi ak masih ternanti2..adakah masih ad cinta dlm hati ini. Sekian lama ak hidup di muka bumi, pelbagai cinta aku temui...namun sukar ditafsir oleh hati.

  Kerana cinta itu bagiku adalah ujian daripada Illahi....jika kita tabah menghadapi ujian itu dgn penuh rasa takwa di dlam hati, maka tidak lah kita terjerumus ke kancah kemaksiatan yg mnyesatkan. Maka tidak hairanlah kalau plbagai kes terlanjur dan maksiat berlaku sana sini kerana prsaan cinta yg telah mmbutakan jiwa, myesatkan hati, dan menumpulkan minda sekalian insan itu...

  Andai sudah temui rasa cinta kpd insan yg dicintai, maka hargailah dgn penuh rasa ikhlas dan hadapi cinta itu sbg ujian yg akan mmbawa kejayaan kpd kita. Kejayan yg sebagaimana?....berjaya mmbina sebuah kehidupan yg harmoni dah dirahmati Illahi... Demikianlh rasa cinta yg diidamkan setiap insan duniawi namun cinta hakiki itu tidak akan menjelma tanpa usaha dan istiqamah dlm bertaqwa kepada-Nya.

  Kerana cinta juga mampu mengubah sikap, pemikiran, serta tingkah laku seseorg itu. Ak paling kecewa seandainya kerana cinta, mereka tidak lagi mngambil tau hal kita sbg kawan. Sebelum bercinta, kami mmg rapat...namun slepas dia menemui cinta,,,,maka wujudlah jurang antara dua hati ini seakan2 kami tidak pernah mngenali... Maka, ak mula sangsi dgn cinta,,,,,mngapa cinta itu mmpu mngatasi rasa kasih sayang sesama insan lain.. Jgn kerana cinta, kita lupakan rakan2 yg pernah bersama mrasai suka duka kita sebelum itu.....
Jgn kerana cinta, kia sngja wujudkn jurang antara dua hati semata2 ingin mnjaga persaan insan yg kita cintai.. 

  Cinta itu sngt bnyk tafsirannya.... Cinta itu tidak mampu dipaksa, malah tidak mampu utk ditolak... Dan ak masih begini,,,,,,,,rasa cinta tidak lg ku temui.. Yg aka ada, hanya rasa sayang sesama manusia. Ak sayang kpd kamu, dia, dan mereka kerana kita adalah manusia. Ak tidak mahu rasa cinta itu akan mngatasi rasa sayang kpd mereka. 

  Demikianlah cinta.......ak cinta pada-Mu Illahi....aku cinta kpd kekasih-Mu, Rasulullah s.a.w. Ak cinta kedua ibu bapaku,,,keluargaku,,,,,guruku,,,,saudara2 ku..... Ak cinta dan sayang kpd sahabat2 ku...

  Cinta oh cinta........
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


-post ini tidak ada kaitan kpd yg masih hidup atau sudah menemui Illahi-

  

3 comments:

Anonymous said...

Our love to God is definitely the greatest of all~

nonstop unsilent said...

uuuuu. mesti bkn ak yg ko maksudkan kawan yg tlh lupa pada kawan..... cak? cak dah bercinta? hahah.

p/s: like ur post (takda button nk press like. hahah) walk ur talk tu. jgn tulis jew ~

BuDak KaMpunG said...

pape je la nonstop usilent...

hahahahaaa...cak???
sdg dilamun cinta..xtau la cinta ap??
like?..motif?

Lihat ini Juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...