Sunday, October 10, 2010

Positif Berhenti MeRokoK?


hurmmm....
mungkin post kali ni lebih bercirikan konsep intelektual..
ttg kesan postif sekiranya rakan2 perokok di luar sana berhenti merokOk..
bdk kmpung pun xtau apsal tetibe nak post psal topik ni..
kebetulan ak terlihat satu poster yg pernah tersiar dlm akhbar Metro, Ahad, 27 September 2009..
wowww..dah setahun kan berlalu...

apa2 je la..yg pnting ak harap sngt la perokok di luar sana akn sedar ttg kebaikan kalo berhenti merokok..
tp even korg tau sekalipun...sememangnya susah la nak stop kalo dah tegar gila babi kann..
sabar je la..just take ur time n diberikan hidayah drpd Illahi..

ooppsss..bnyk plak ak membebel kat atas ni..
ok..jom kita terjah together2 kesan positif kalo stop smoking...

Kesan Positif ke atas Badan Anda 
Kalau Berhenti Merokok Selama:


20 Minit
Tekanan darah dan jantung anda kembali normal.

12 jam
Tahap karbon monoksida dalam badan anda kembali normal.

24 jam
Kemungkinan mendapat serangan jantung semakin berkurangan.

48 jam
Deria bau dan rasa meningkat semula.

72 jam
Kapasiti paru-paru meningkat, menjadikan pernafasan lebih mudah.

2 minggu hingga 3 Bulan
Peredaran darah dan fungsi jantung meningkat

1 hingga 9 bulan
Silium (struktur seakan rerambut yg berfungsi menyingkir bahan asing di laluan paru-paru) kembali normal dan meningkat keupayaan mengawal lendiran, membersihkan paru-paru dan mengurangkan risiko jangkitan.

1 tahun
Separuh daripada serangan jantung dikurangkan.


Selain merasa lebih bertenaga, anda juga mengurangkan risiko penyakit jantung, serangan angin ahmar, dan kanser. Untuk mengekalkan status tidak merokok, tumpukan perhatian kepada faedah berhenti merokok, berilah ganjaran untuk diri sendiri dan mula bersenam.





infoline berhenti merokok
03-8883 4400
isnin -jumaat, 8 pagi hingga 5 petang

No comments:

Lihat ini Juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...