Wednesday, January 27, 2010

MaRi MeNgunDi...

Alhamdulillah...akhirnya aku diberi kesempatan untuk mengundi buat kali ketiga di um ni..
huhuhuuuuu..kali ni mmg kucar kacir sikit hidup aku..
pristiwa semalam..sehari sebelum hari mengundi..
mmg xkkan aku lupakan...
yg penting dah selesai..
tp ape plak perception org laen trhadap diriku ni..
hurmm..mmg susah nak jadi org yg perfect...

hahahaa...
yg penting aku tau ape yg aku buat..
aku tau ape yg patut aku buat..
demi kebaikn kedua2 pihak..
no gaduh..
no tengking2 ...(tp ade gak la sikit2)..
mulut n hati org mmg susah sikit nak control kann..

kira ok la....masa berkempen just 2 hari jek..
kalo x serabut lagi la hidup ni..

hurmmmm..ok..
selamat mngundi kp sume mahasiswa ipta yg perlu mengundi utk hari ni!!
undilah calon pilihan anda..
undi adalah rahsia...

Wednesday, January 20, 2010

Masa KiaN BerLalu...aku Makin BunTu....

sudah lama berdiam diri..
kini aku kembali mnjelmakan diri..
bukan ingin bersembunyi..
tp cba mncari inspirai di hati..
yg kian bersendiri..
sunyi...
sepi...

kini aku mula terasa keseorangan..
dan masa kian berlalu..
dan aku makin buntu..
buntu dlm mncari hala tuju..
buntu mndaptkan ape yg diimpikn..
aku mula rasa sepi..

sepi x brmakna aku ini seorng yg brdendam..
juga tak bermakna aku ingin melarikan diri..
sepi ini kerana diri ini inginkan..
ketenangan..
kegembiraan..
keceriaan..
seperti dulu..

seperti rakyat biasa yg hanya fikirkan..
cita2 untuk dirinya..

kini aku makin buntu..
aku harus sabar...
bulan mmpu bersendiri di waktu malam...
namun ada juga bintang sbg teman..
mntari sangup mmbakar diri bersendirian di kala siang..
dan hujan sbg teman mendinginkan alam..

aku pula manusia...
juga perlukan manusia..
perlu teman...
utk aku bersuara...
utk aku ceria....inginkan kebahagiaan..

ini bukan puisi..
sekadar luahan dari jiwa..
seorg hamba Allah s.w.t..
yg kian leka...alpa..

di mana harus ku tuju?

********************************************
********************************************
********************************************

bulan januari di za'ba mmg penuh pancoraba...
penuh dgn hal dunia...

* kem interaksi KKM atas buah fikiran aku..
* kem jati diri di bentong....konon utk pemimpin..
* persediaan feseni..walau masih jauh namun jgn biar lumpuh
* masalah organisasi dalaman..sekadar hiasan variasi alam..
* kem di bukit tinggi..sekejap utk damai..
* masalah demi masalh melanda..
* kemenangan teater ketiga....ceriaku seketika..
* mlm anugerah utk mereka....kucar n kacir tp mula sempurna..
* sukmum.....kita hanya perlu berusaha tp x mampu jd penentu.
* pilihanraya.....selamat maju jaya..
* aku kini sepi..

kau pergi....
kau pergiii...walau kau dekat dgnku..
tp kau mula pergi mnjauhkan diri...
ak x mengerti....

*tamat*

Tuesday, January 12, 2010

BeRTaMu Di KaLbU

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

Tuesday, January 5, 2010

Menjawab Isu Kronisme Di Za'ba..

Post kali ini adalah menjawab kepada artikel "UM didakwa amal kronisme lagi!" dari website http://um-today.com


Assalamualaikum dan selamat sejahtera…
pertama sekali sy mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yg terlibat dalam menulis artikel ini. Namun, amat mendukacitakan saya kerana masih ade segelintir insan yg bergelar manusia di luar sana cuba untuk menjadi dalang atau balaci semata-mata untuk memburukkan nama orang lain malah universiti yang saya cintai selama ini. Oleh itu, sememangnya dgn niat yg murni menjadi tugas saya sebagai Presiden Kolej Za’ba untuk menjelaskan situasi yang cuba digembar-gemburkan oleh pihak tertentu berdasarkan bacaan artikel di atas.
Saya harap penerangan ini mampu membuka minda mereka2 yang terlibat itu agar diberikan petunjuk dan hidayah ke arah kebenaran..

Yang pertama sekali berkaitan dgn isu penyalahgunaan wang perbendaharaan kolej.. Pihak saya berserta rakan2 JIk JTK yg lain telah mengdakan perjumpaan secara terus bersama barisan pihak pentadbiran berkaitan isu ini. Isu ini telah dibincangkan bersama tanpa sebarang selingdung sekalipun.

Perkara yg paling menyedihkan apabila pengetua kolej dan penyelia kesayangan saya difitnah demi kepentingan diri sendiri mghasut org lain.
Untuk pengetahuan para pembaca di luar sana, pengetua bersama para penyelia kami telah menjalani bengkel pengurusan di Sabah. Namun, dana yang digunakan bukanlah dari dana khas untuk OKU tetapi mnggunakan dana yg dikhaskan untuk pengurusan kolej.

Sememangnya mustahil utk mengambil dana khas yang diperuntukkan kepada OKU. Tidak dinafikan bahawa mahasiswa OKU telah ditempatkan di Kolej Za’ba. Namun, segala dana khas yg diperuntukkn kpd mereka adalah dari pihak Kementerian yg disalurkan terus kpd pihak tertinggi UM. Dana ini tidak boleh dikeluarkan sesuka hati tanpa perstujuan dari kementerian dan pihak pengurusan UM. Mana mungkin barisan pentadbiran Za’ba dengan sewenang-wenangnya memohon pengeluaran dana tersebut sesuka hati utk bengkel tersebut kerana perkara ini tidak akan diluluskan oleh kementerian sekiranya tidak ada kaitan dgn kebajikan pelajar OKU.

Menyentuh berkaitan harga bilik pula, saya dimaklumkan bahawa harga bilik itu adalah sangat mahal berbanding dengan harga asal yg mereka ambil. Propaganda ini sengaja diwujud-wujudkan demi menambahkan lagi keraguan penyalhgunaan dana khas tersebut. Sememangnya mustahil untuk menyewa bilik dgn kadar bayaran semahal itu.

Pengetua kolej dan penyelia saya telah mnggunakan peruntukan sendiri masing2 untuk anak dan suami mereka. Mereka telah menggunakan elaun yg diberikan tanpa membabitkan sebarang peruntukan dana khas OKU.

Tambhan pula, slip penginapan hotel yg ditunjukkan di dlm gambar dia atas adalah tidak sah. Slip ini adalh berbeza daripada slip yg original yg sepatutnya dikeluarkan oleh pihak hotel. Pihak hotel sememangnya tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mengelurakan slip penginapan ini sesuka hati tanpa pengetahuan pihak yg menempah bilik. Namun, ada segelintir insan yg seperti balaci cuba mencetuskan propaganda dgn menunjukkan slip palsu tersebut. Slip ini tidak lansung menunjukkan tarikh penginapan dan nama bilik yang mereka menginap. nah, perkara ini sudah terang lagi bersuluh menunjukkan betapa kenyataan di dlm artikel ini adalah palsu belaka.

Saya amat sedih kerana ada sebilangan masyarakat yg berhati busuk cuba untuk merosakkan keharmonian kehidupan warga za’ba bersama Pengetua kolej yg disayangi. Selaku Presiden kolej saya lebih tahu betapa Professor Madya Dr. Mohd Salleh Aman telah banyk membantu dlm memastikan kebajikan mahasiswa OKU di Kolej ini terus terpelihara.

Dana khas yg diperuntukkan oleh kementerian telah digunakan secar halal untuk membuat lif bg kegunaan naik ke dewan, pintu automatik bg kemudahan keluar masuk mahsiswa ke lobi pejabat, laluan pejalan kaki bg mahasiswa yg cacat peglihatan, van OKU dan yg paling penting adalah pembinaan Bilik Seri Jati khas untuk kegunaan mahasiswa OKU dlm menjalankan aktiviti mereka. Saya begitu bersyukur kerana kabajikan pelajar OKU terus terpelihara dan pihak pentadbiran kolej bersama barisan JIK JTK telah berusha lakukan yg terbaik demi keharmonian bersama.

Namun, sememangnya amat menyedihkan kerana masih ade insan yg sentiasa tidak berpuas hati dgn kebahagiaan kami di sini dan cuba mencetuskan suasana tegang. Saya harap, penjelasan ini mampu menbukan minda para pembaca di luar sana. Semoga pengetua kolej dan penyelia tersayang yg telah menjadi mangsa bersabar dgn segala fitnah yg dilemparkan.

Saya mohon agar warga za’ba khasnya dan warga UM khususnya agar tidak mudah terpedaya dgn fitnah dan tipu daya drpd pihak luar. Mungkin, mereka agak terdesak untuk pilihanraya yg akan dtg sehingga sanggup melemparkan fitnah segala bagai sehingga boleh mnejatuhkan nama universiti yg terulung ini. Renung-renugkanlah…

Sunday, January 3, 2010

SeLamaT MeNyamBut TaHun Baru...

alhamdulillah...
kini aku telah diberi peluang nikmat oleh yg maha Esa.....
utk meneruskan hidup sbg khalifah di muka bumi ini...
melangkah di tahun baru 2010...

sememangnya..masa itu telah berlalu dgn begitu cepat..
tanpa kau sedar..
mungkinn sibuk dgn hal keduniaan..
hal kebendaan....tanggungjawab dan sebagainya..
namun, semua tu telah aku harungi dlm tahun kenangan 2009...
plbgai dugaan, cabaran telah ku tempuh dlm tahun yg telah berlalu itu..

dan kini..
telah genap satu semester aku bergelar Presiden Kolej Kediaman Za'ba..
mnjadi pemimpin...kpd insan yg bergeLar mahasiswa...
cabaran yg sangat getir pernah ak tmpuh..
dan kini..hanya satu semster pngjian shj lagi yg akan menetukan ke mana hala tuju ak seLepas ini...
satu semester yg akan menentukan seGalanya..
dan pada tahun 2010 inilah....plbagai halangan dan cobaan akan menguji diriku ini..

yg pasti....tugas ku sbg presiden semakin berat...
amanahku sbg mahasiswa semakin mncabar..
mengapa?..apekah?...bagaimana?..

persoalan itu hnya mampu dirungkai pada tahun 2010...
ak hany mampu merancang...Dialah yg akan menentukan..
begitu juga dgn anda di luar sana...

hanya seperkara aku pohon..
agar rakan2 yg mengenaliKu..
berilah sokongn kpd rakanmu ini..
berikanlah petunjuk,,,nasihat..teguran dan sebagainya..
agar aku tidak tersimpang jauh dr jalan yg sebenarnya...
kerna aku insan yg bergelar manusia..
punya akal utk berfikir...
punya nafsu yg mampu mmbuatku gmbira..lalai..leka...marah...bla..bla..bla..

azam tahun baru?..
ntah lah...hanya satu yg kuharapkan paling utama..
agar aku mmpu grad dgn puas...
puas dgn kejayaan..
puas dgn kemenangan...
puas dgn hasiL titik peLuh sndiri..

dan kini sudah genap tiga tahun aku belajar di UM....

aku...
aku,,,,
aku tetap aku...

Lihat ini Juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...