Wednesday, August 26, 2009

BuaH TanGan Dari Cameron.........

kate org...
cameron highland tu sejuk...
tempat tu bnyk strawbery..
pokok teh...
kaktus..
bal....bla..bla...

kate org..
ramai yg nak honeymoon kat sane....zaman dulu2 la..
ramai rombongan budak sekolah wat trip g sane..
ramai yg kate tmpat tu best..

tp buDak KamPung rase pelik..
Cameron x mcm dulu lg...
dah makin panas..

Lambakan post harvest of strawbery.........

buDak Kampung Pun pelik gak...
kat sane paling bnyk Pokok teh..
tp jarang org bawak balik Daun Teh as buah Tangan...
tetttttttt..............


John sp. Aril sp. Khai sp.


huhuhuhuuu..............
ape2 pun....buDak Kampung nak ucapkan ribuan terima kasih kpd sahabat budak kmpung yg sudi membawa pulang sedikit buah tangan dari sane...
kate org.....
org memberi kita menerima

Tiga Pokok kaktus......semoga dapt hidup subur..
strawbery...mmg sedap...
x pernah mkn sebnyk tu........

Tuesday, August 25, 2009

COkLats n FriendS...........


kate org.....
coklat boleh hilangkan stress..
penenang jiwa..
tanda cinta..
makanan yg sedap..
ada antioksidan..

kate org....
makan coklat ni just saje2 je..
tp bg budak kamPung..
coklat membawa bnyk makna..

Makan Coklat meingtkan aku pada sesuatu...
kenangan lalu...
Rakan-raKan...

Sunday, August 23, 2009

BiCaRa RamaDhan 1430H

Budak Kampung nak bercerita n sampaikan nasihat...

hidup ini perlu saling nasihat menasihati..........


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

Kat sini ade serba sedikit amalan mulia di bulan Ramadhan :

Sunat-sunat puasa

* Makan sahur serta mentakhirkannya.

* Segera berbuka dan sunat berbuka dengan buah tamar atau benda-benda yang manis atau air. Buah tamar adalah makanan yang terbaik dari segi agama dan kesihatan dan jika tiada buah tamar berbukalah dengan air kerana ia dapat menyegarkan badan.

* Berdoa setelah berbuka - Rasulullah s.a.w berdoa setelah berbuka dengan ucapan, mafhumnya, Wahai Tuhanku aku telah berpuasa untukmu dan aku telah berbuka dengan rezeki kurniaanmu.

* Mengkadakkan jamuan berbuka puasa – Menjamu orang-orang berbuka puasa adalah satu kebajikan.

Adab ketika berpuasa

Perkara-perkara di bawah adalah sangat dituntut kepada umat Islam seluruhnya apatah lagi di waktu mana kita sedang mengerjakan ibadat puasa, antara tuntutan itu ialah:

* Menanamkan rasa penuh harap, segala amalan kita mudah-mudahan diterima baik oleh Allah.

* Mengurangkan makan dan minum ketika berbuka dan sahur.

* Mengelakkan diri apa-apa sahaja yang boleh membatalkan puasa.

* Mengurangkan tidur di siang hari.

* Hendaklah kita selalu mengingatkan bencana dan balasan Allah di akhirat.

* Menjauhkan diri dari mengumpat, mencerca, mencela, mencaci, maki hamun, berbohong serta mencarut dan apa-apa sahaja perkataan yang kotor dan berbau busuk dan hina didengar telinga.


Selamat berpuasa dan banyakkan beramal...
Jangan lupa singgah ke bazar Ramadhan..
Rajinkan diri menunaikan solat sunat Terawih..
jangan lupa bayar zakat Fitrah bagi yang mampu..
paling penting....marilah bermaafan di bulan yang Mulia ini..

so, Budak KampUNg menyusun sepuluh jari memohon maaf diatas segala kesilapan, serta keterlanjuran budi bicara saya kpd pembaca diluar sana

Nikmatnya berpuasa......nikmat juga berbuka....

Friday, August 14, 2009

BiaRLah RahSia

Pernah kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku
Membayangkan Pahit Manis Berlalu
Entah Siapa Yang Tahu

Mungkin Nanti kau Jua Merasakan
Berdepan dengan Kata Yang Menyesakkan
Takkan Tugumu Kebal
Tiada Pertimbangan

Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiada Ku Menjauhi

Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku Pendam
Ku Putuskan Biarlah Rahsia

Semakin Aku Hidup Dalam Cinta
Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya
Hentikan Kata-Kata
Bertulangkan Dusta

Pernah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku

Saturday, August 8, 2009

PemBahaRuan ataU PerUbahaN?

hurrrmmm......aku kat Lab Culture Tissue waktu ni...
ngah teman kawan...sampai ke larut petang....
hihhiihihihiiii.....best plak lepak2 kat lab..
bebas dari masalh kat luar tu...
tapi bila dah kuar dr lab ni...mcm2 bnde menerjah masuk ke dalam fikiran.
memaksa diri ini utk terus bersabar,,,,,,tettttt..

alhamdulillah....
kini aku telah dilantik sebagai Presiden kolej kediaman za'ba sesi 09/10..
aku bersyukur ke hadrat Illahi...
mungkin semua ini adalah ujian yang besar buat diri BudaK KampUng..
menyandang sebuah Jawatan yg tidak pernah diIdamkan Budak Kampung..
pelantikan di buat 5 Ogos td.....bersamaan 15 Syaaban..
so, skunk ni aku dah jd Presiden utk tidak sampai 4 hari...
itu pun dah agak pening...hihihhihiiii..

sape? mengape?
sape yg pegang jwatan laen?
kenape diorg dapat?...
hurrmmm...itu bukan persoalan utama..
semua ni ditentukan brdasarkn undian...berdasarkn kuasa yg ada pada pihak pentadbiran..
kita hanya mampu merncang n hanya Tuhan yg akan menentukan..
aku harap diorg yg dah berjawatan tu akan memikul amanah yg diberi sebaik mungkin..
hiraukan kutukan, cacian, fitnah, penipuan, atau umpatan yg dilemparkan org lain..

mereka hanya mampu berkata...tp tidak mampu menunjuk muka..
tettt...
budak kampung Disini berharap kpd bantuan..
berharap tidak ada gangguan yg membebankan..
berharap kepada sebuah perubahan..

mcm2 benda terlintas di fikira selepas mendapat watikah pelantikan..
aku ingin ape yg berlaku pd masa lepas tidak berulang utk mase ni..
aku ingin membuat satu perubahan demi kebaikan..
biarkn yg lama menjadi teladan...
idea2 lama hanya sebagai bekalan utk dijadikan panduan ttp tidak semestinya perlu diteruskan..
idea2 baru amat diperlukan ttp tidak semua boleh diguna pakai.

So, buDak kamPung harus bijak memilih yg mana kaca dan yg mana permata..
harus bijak mengatur masa dan strategi demi kebaikan warga za'ba..
ak harap mereka yg dilantik tidak membiarkan aku keseorangan menahan segala keperihan..
susah senang kita tanggung bersama..

jangan melawan arus..
tapi kalo nak lawan jugak, pastikan dayung yang dipegang tu cukup kuat utk melawan arus yg menghalang..
jgn sampai patah...nnti kita akan jatuh n lemas dalam arus yg deras..
teruskan mendayung krn perjalanan masih jauh..

Monday, August 3, 2009

Aku Berjaya MeRentas SamUdEra CiNa SelaTan!!

aku dan memori Tioman....

Hohohohohhoooo....
Budak KamPung baru je balik holiday dr Pulau Tioman....mmg best sey..
hurrmm...percutian bersama geng PM n penyelia kolej..
pengetua kolej zaba yg tercinta pun ade gak bersama family beliau..
mmg mcm2 hal berlaku kat sane..

seramai lebih 40 org peserta termasuklah family pengetua..
kitoarg bertolak naik bus yg sngt besar..(bajet double deckr tp hanya retorik semata2)..
hahahaaaa.......
tetibe je ade dua org tarik diri time nak bertolak tu. So, teraksala budak KampUng cari pengganti yg baru. Hihihihiii..bertuah betul org yg dpt join kitoarg tu kann..
hei uols..
mmg ade bnde pelik berlaku spnjg perjalanan ni..
yg pertma sekali, buDak KampUng terdengar jeritan yg agak sumBang time tido dlm bus..
hurrm,m....xtau la suara sape kanzz...
budak2 ni karoke smpai x ingt dunia...sampai lupa diri tu manusia n perlukan tido..
tetttt....
dlm perjlanan tu jugak la....kitoarg terserempak sebuah bus misteri di sebuah simpang tiga di tengah2 hutan yang sunyi....
misteri sngt bcoz bus tu tetibe je hilang n lesap dr pandangan..xtau la g mana coz jalan kat ctu mmg lurus n xde simpang lain kalo nak melencong..
pelik sngt coz bus kitorg x dpt kejar bus tu.....n tetibe je lesap dlm masa yg singkat..
mmg misteri kan uolss.....

Dah sampai!!!!..candid...

hokkayyy...kitorg smpai kat jeti mersing dua jam (pukul 3.30 am) lebih awal sperti yg dijadualkan..
hurrmmm..so terpaksa melangut, termenung, melpak, n tido dlm bus....
naik feri g tioman pada pukul 6.10 a.m......
mmg best naik feri tu.....sempit n sejuk...then berombak2 selama 2 jam perjalanan rase mcm nak pitam..


kitoarg akhirnya smpai di Kampung Salang, Tioman pada pukul 8.20 a.m...
bila dah smpai tioman,,,,,,terpaksa la menunggu kunci bilik...kitoarg smpai awal sngt n kena tunggu org lain cek out dulu la...hihihihhhii....
1st day di tioman agak boring....smpat main bola tmpar sebelah pg tu n tido je ptg tu..
ptg tu ade gak la budak2 ni main bola tmpar, main pasir, snorkeling di air cetek...
hihiiiiii....even area pantai kat cni agak terhad n kecik coz bnyk area pnati yg berbatu tp pnatai kat cni sngt jernih dihiasi karang yg x bernyawa..
Budak Kampung plak dpt detect sejenis Sea Cucumber with Pink color.....tettt..

Tempat menginap....ala2 kampung gitu

resort jitaorg ni antara terawal dibina...so penginapan kat cni agak la mundur ke belakang sedikit....ala-ala perkampungan org asli + oldtown cowboy skit..
chalet mcm kawasan kmpung....kecik, simpl n ada parasit (NYAMUK!!)..tetttt..
ade bistro mcm pub......menyediakan minuma keras dgn harga yg murah..
kat cni mmg ramai foreigner,,,,kitoarg pun mcm dah imum dgn environment dikelilingni mermaid yg unik n pelik ni....hahahaaaa.....
yg palin best kat cni.....mostly brg yng diimport dijual dgn harga yg sngt murah coz ni Pulau bebas cukai....murah betol rokok imprt kat cni kannzz..
Budak kampung palin x suka brangan buatan M'sia dinaikkan harga.....nak wat camne kan, kos penghantaran laaa katakan....
sampai topup rm10 dijual dgn harga rm11...tetttt


benda murah yg dijual disini......tetttt..

tu la kisah keadaaan di salang Resort..
sebelah mlm plak tmpat ni mmg hapening dgn lagu pop dipasang kuat smpai la ketengah mlm..
kitorg plak ade sesi ramah mesra bersama pengetua....
sei berkongsi pengalaman,,,,,,budaK KampUng just mendengar je,,,
x bercerita ponn even ade bnyk bnde nak ckp mlm tu......xpe la..simpan je dulu....
mlm ni tido agak awal...kitorg sempat la supper jap kat restoran yg agak kuno di situ...
hiihihihihihhi.....tido mlm pertama mmg best.....aku satu bilik dgn khai....
hihihihihihihihiiiii...


pagi esok....kitorg ade trip snorkeling...
ni la 1st time Budak kampng snorkeling bersama rakan2 lain....
hihihihihihhii....pakai gogle..pakai life jacket..
kitoarg kena bayar rm12 utk sewa sume tu.....
evan agak mahal tp demi sebuah pengalaman...budak kampUng x kesah..
kitaorg g tmpat snorkeling tu dgn sebuah bot laju..
mmg laju sey bot laju tu.....mcm naik roller coster gitu..
sngt2 best....rase nak naik lg......
x silap aku,,,,,kitorg bersnorkeling kat Pulau Tulai...di sebelah utara Tioman..

Jom snorkeling!!!

mcm2 bende pelik dpt dilihat di dasar laut sane...
batu karang yang pelbagai warna, bentuk, n rupa.....
ikan pun cantik2 belaka....even aku agak takut2 sikit bila mula2 nak snorkeling tp bila dah lame2 tu rase mmg best...
huhuhuhuuu....budaK kampung dpt tengok sekor ikan yg besar color dia mcm pelangi..
n sekor belut yang cantik color kuning with black spots gitu...hahaaaa
mmg indah ciptaan Tuhan....
paling best bila kita bg mkn roti kat ikan2 yg comel tu...smpai tergigit jari aku plak tu..
hahahaaaaaa.....
lebih kurang 4 jam trip snorkeling kitorg...evan agak memenatkan tp buDak KamPung tersa kepuasannya....rasa nk lagi laa....
hihihiii...yg paling lawak....
ikan22 tu dtg kat buDak KampuNg bila aku dah selesai qadakan hajaT kecik Kat dlm laut..
oooppppsssss...terlebih sudah..

BBQ corner...

hurrmmm.....ptg tu plak aku just tido je kat bilik coz keletihan yg amat..
sebelah mlm plak ade bbq tp simple2 je.....aku ingt meriah la sngt..
after bbq..kitorg jln2 jap kat sekitar pntai n jeti......amik angin wat kali terakhir diesebalh mlm.
terasa sekejap sngt kat tioman ni...

Free Pose....

then ade perjumpaan japo dgn barisan penyelia....mlm ni jugak la aku dah diberikan satu tanggungjwab yg baru dan mmg agak terbeban,,,,,,,,,
mlm tido agak lewat.....n tido mlm ni mmg dihayati sebaik mungkin..
so, bngun agak lmbat la....tp feri lambat smpai plak..
so, terpaksa la menungu lagi utk balik...

Menunggu feri yg x smpai2 lagi.....kitorg nak balik UM!!

buDak Kampung smpat la shoping2 jap kat jeti mersing tu..
beli la ole2 utk kwn2....hihihihii..
then beli skit keropok2 ikan kat sebuah kedai keropok...
hurrrmmm...perjalanan pulang dihiasi n diwarnai dgn pelbagai bunyi muzik yg best n kadang menyeramkan...hahaaaaa....
koroke lg budak2 ni......dah la bnyk lagu2 pelik..tetttt..

Kaki yg meredah Samudera Cina Selatan!!!!....

hurrmm......mcm tu la trip percutian kat Tioman...
evan pengisian dia agak simple tp pengalaman manis kat sane mmg x dpt nak dilupakan..
lupa plak nak ckp...budak kmpung hmpir dtggalkan bot time snorkeling tu...
coz terkapai2 masih melihat ke dsar laut...tettttt...

hurrmm....hidup ini kembali serabut bila dah smpai UM...
mcm2 hal nak kena buat,,,,,mcm2 hal nak kena handle..
aku perlu bersabar...
Budak KaMpunG perlukan sokongn rakan2....
blog ni akan jadi saluran luahan perasaan......


Lepas ni ade mcm2 lagi halangan n masalah...
itulah cabaran!!!
aku akan busy dgn hal kolej...
Budak Kampung akAn Busy dgN hal projek kat lab...
aku harap projek ak sukses...
aku harap budak KampunG akn dpt sokongan n kerjasama dr rakan2...

Lihat ini Juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...