Tuesday, February 10, 2009

Jangan LupA Diri...

Let's imagine


Hurrrmmmmm...........

Memang gembira..
budak kampung pun agak riang..
Girang..

Knape?....Mana taknya.. wireless kat KoleJ Za'ba Um ni dah ok setelah hampir tak sampai seribu tahun menanti nikmat dunia ni datang kat kita...
Tapi, ada satu hikayat budak kampung nak share dgn korg kat luar sana bout nikmat dunia ni..
tanpa budak kampung sedari manusia boleh dikuasai nafsu bermain wireless sampai jiwa tak keruan...sampai lupa nak makan....sampai boleh jadi gila seketika..
tapi tak boleh la sampai SyurGa..
Tetttt...
So, jom kita terjah isu dunia ni secara maya..



PERmULaan..
Dalam era modenisasi kini, memang budak kampung tak dpt nafikan begitu bnyk anjakan paradigma telah dicapai manusia ke arah yang lebih maju semata-mata ingin menikmati kesenangan dan kemewahan hidup di dunia... Perkara ini dpt dilihat secara terus berdasarkan pencapaian manusia dalam dunia teknologi perhubungan maya..
istilah maklumat di hujung jari sudah tidak asing lagi dari kotak pemikiran mereka.. Semua inginkan kemudahan sehinggakan seandainya boleh, mereka mahu lepak sahaja di rumah tanpa melaksanakan sebarang kerja...
Perkara ni mungkin lebih parah sekiranya pencapaian dalam aspek teknologi ini terus dikecap sehingga menjadi macam dunia dalam Movie Fiction Wall-E..



PenCERItaaN..
Hohohooo..dah mcm rencana plak aku wat utk intro kat atas tu.. Apa la yg aku merepek ni..
Budak KampUng tak mcm tu la.. Kita just lepak2 n santai2 je baca blog Ni ye..
Isi wireless ni mmg ramai malas nak ulas or amik tau.. knape? Of cos la sebab diorg dah dpt apa yg diorg mahukan selama ni.. Jaringan hubungan tanpa sempadan dah bermula..
Kalo xde nikmat dunia ni.. Korg pun x dpt la nak view Blog BudaK KampUng betul tak..

Actually, budak kampung dah menerima Tempias yg amat dahsyat dgn kewujudan wireless ni kat tempat Budak KaMpung tinggal skunk ni..
Budak Kampung dah mula lalai tentang kehidupan dunia... Jadi gila.. Lupa pada kebajikan semasa.. Lupa nak basuh muka.. hahhhaahaa..
Knape? Kisahnya bermula apabila esoknya buDaka KampUng ada test yang agak susah.. so, stay up la sampai kesuntukan subuh.. Sampai sepertiga malam..

Tapi sayang.. Study entah kemana, nota entah di mana.... BudaK KamPung lebih bnyk mengadap lbtop.. menekan Papan Kekunci..menaip sesuatu..menggerakkan cursor utk klik button "Download Now"...
tak paham ke?..malam tu BudaK KamPung busy download mcm2 benda...cos laju plak aku nak dapatkan apa yg buDak Kampung nak selama ni..
benda tu x penting sngt pun.....sekadar Hiburan Dunia manusia semata2...
Hurrmm sedeyh plak budaK kampuNg bila ingtkan balik kesengalan diri sendiri....
nasi dah jadi bubur.. test aku pagi tu pun dah hancur lebur..

So kepada kawan2 kat luar sana..jgn la terlampau asyik sangat dgn kemudahan wireless ni....
gunakanlah sebaik mungkin...guna utk kepentingan benda2 yg penting dan bukan benda yang buat korg pening..


Penutup...
Berhatil-hatTilah dengan perangkap dunia..
ibarat jerangkap samar..
Nampak macam pudar..
Tapi dah makin membakar..
Maka, beringatlah selalu..
semua ni milik Illahi..
Syukuri nikmat yg dikecap..
usap jadi seorang pelahap..

No comments:

Lihat ini Juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...