Monday, February 23, 2009

KALuT dan KEmELUT!!!!

Hurrmmmm....isu kali ni agak lucu dan bleh buat telinga berbulu...
Budak kampung dah merantau kat sekitar dunia Kolej Za'ba UM....
Tetiba je idea tu datang mencurah2 dgn kalut dan kemelut..
Knape?...jom kita terjah..
tettttt..

Bermula alkisah..seperti yg korg kat luar sana tahu..(budak UM je la yg tau)..
Kolej za'ba ngah bz dgn mcm2 projek wat mase ni..
setelah sekian lama tido di atas bantal yg empuk..baru la warga za'ba ni nak terjaga dari tido..
tido yg lena..xtau la knape....
mgkin ngah pening cari idea..tak pun letih mencari dana..
mmg suasana kalut n kelam kelibut dah mula menyelubungi za'ba skunk ni...
mcm2 respons dpat dilihat..
mcm2 reaksi muka mula terbentuk..
mcm2 aktiviti pelik mula terjadi kat sekitar n ceruk2 perantauan za'ba..
mcm2..dan mcm2 lagi..
susah sngt nak describe..

Nak dimudahkan cerita....korg mmg tau kan sume mahasiswa UM ngah busy dgn sukmum..
tp benda ni pun dah mula dingin coz dah nak abis..
tapi zaba terus hangat dgn aktiviti yg agak dingin..ngee....
bukan nak merendah..tapi sekadar menerjah..
arghh..ape yg aku merepek ni.. tapi tu la lumrahnya..
jgn terasa ye..

Pening plak aku baca balik ayat2 aku yg tunggang langgang kat atas tu...
Citrawarna Za'ba....citrawarna za'ba....citrawarna za'ba...
inila isu yg budak kampung cuba bangkitkan..
ape tu? korg pun x tau???
actually..projek ni lebih kurg sama mcm rumah terbuka or family day colej zaba la..
mcm2 aktiviti yg dpelan dalm projek ni dan melibatkan semua jkp, jik n kelab2 tertentu...
yang aktif je la..
Dalam bergerak ke arah memastikan projek ni terlksana..budak kampung berjaya mendetect isu kalut dan kemelut mula timbul dalm organisasi kolej ni...
jom kita terjah satu2..
bagi projek muda, pidato piala zaba..diorg ni ngah pening cari peserta pidato tuhh..
pelik plak coz x ramai yg nak join..hurrmmmm..um ni dah kureng ke golongn yg suka bercakap nihh..
risau plak aku.... So, ahli2 kelab ni mmg ngah kalut la duk publish projek ni sampai ke seantero dunia...coz dah publish dlm blog kann...
mybe lepas ni akan kalut nak setup pentas etc..


Hujan oh hujan...
knape engkau turun....
Lain plak dgn malm kebudyaan melayu...diorg ni busy yg amat la..sampai mesej pun x sempat nak reply..sampai lupa nak mandi,,,sampai lupa tarikh n hari..
sampai ada gak yang bengkak2 mata mcm beruang panda..
sampai tersengguk-senguk dlm kelas coz mengantuk..
sampai rasa nak hempap kepala ke dinding..
yang menari dah mcm nak jadi batang lidi..
yang berdrama dah nak naik gila..
yang jd emcee...terpinga-pinga tak tau nak wat pe..
yg jd ketua biro makin gila dgn kuasa n dah hilang punca
yang jadi pngarah apatah lagi....terus membesar la badan dia dengan masalah besar2...
(hanya diri dia yg tau)...
huhhhh..mcm2 lagi la kemelut yg wujud..
hujan plak tak henti-henti mencurah dari langit..ni la nikmat dunia yg perlu dikongsi bersama.
korg akan tau gak,,projek ni la yg akn menyatukan korg..dan sampai waktu korg akan berpechah semula....(nauzubillah)..budak kampung harap sngt x berlaku..
tetttt....

yg kaum india plak bz dok wat arca n lukisan yang penuh dengan warna....
cantik plak budak kampung tengok...meriah sangat diorg ni bila larut malam berlabuh..
dah jadi mcm kelawar la plak...
huhuuu..
laen plak dgn budak cina..buzy duk mengetuk gendang sampai gegendang telinga nak naik pechah....nasib baik la si pengetua tu g indon..
kalo tak, dah lama korg kena halau g bukit cinta..
kuang-kuang-kuang....

seven futsal mania plak...hanya mampu berbanga dgn banner kuning yg comel..peserta pun x ramai lg...agak senasib la dgn geng orator...tettt...

tak tau la budak kampung nak ckp apa lg..mmg bnyk sngt isu sepnjang masa berjalan menuju ke tarikh 25 februari tu (CZ dah start larrr..) jalur zabahan mcm nak xnak buat je...kembara sirah stay cool...derma darah plak mcm x ikhlas je nak wat...
galeria zaba plak rush giler coz org atasan gerak lambat sngat mcm siput yang melekat kat gam uhu...

hurrmm..anyway, budak kampung nak wish gud luck kat member2 luar sana..lakukan yg terbaik setelah anda buat yang terbaik untuk dapatkan hasil yg terbaik...
maka jadilah org yang baik...
betul tak....tapi budak kampung dah naik bosan la dgn zaba ni..
asyik2 projek yg sama every year....mana perubahan yg kolej janjikan...
seperti bau kentut yg busuk berlalu mcm tu je selepas ditiup angin....
bau kentut tu pun hilang kann...

arggghhh..bosan betul aku dibuatnya...
post kali ni pun xder gmbar yg nak diselitkan....
kerna malu dgn isu kalut n kemelut yg wujud kat zaba ni.....

yg penting, isu kalut ni timbul bila diorg wat keja last minit..
isu kemelut plak menyusul after isu kalut x berjaya diselesaikan...hurmmm...mmg kelam kelibut la zaba skunk ni...

Saturday, February 21, 2009

REDhA

Hari Sabtu (malam Ahad), 25 Safar 1430H

Foto ini sebagai bukti kepada REDhA....
Hari ini budak kampung tidak mampu lagi untuk berbicara panjang seperti dulu...
Tapi hanya buat seketika..
Bagi menghilangkan....meleraikan..menyembuhkan jiwa yang lara..
Hati ini redha menerima segala takdir daripada-Nya..
Yang pasti ada hikmah bakal tercipta....
Maka akan aku bermadah..dgn bait kiasan luahan jiwa untuk mereka..
Mereka yang menempuh cabaran dan kekecewaan bersama diri ini...


Prolog...
Dan tatkala..semua sibuk dgn hal dunia...
Muncul golongan perwira..dari celahan permata..
Niat ingin berjuang di medan seni...
Martabatkan keindahan Islam melalui hati..
Menyanyi di alam duniawi..

Namun,
Adakah semua itu telah menjadi lumrah..
Suatu yang hakiki..
Takdir bagi diri mereka..
hati ini berbisik..
Bermonolog tanya pada jiwa..
Kemana niat suci yang sering menjadi percaturan..
Dimana ketulusan hati yang sering diuji..
Ribut cabaran..
Maka jiwa ini berteleku..
Menganalisis di sebalik ruang yang ada..
Kita ada salah pada dunia..
Pada yang Esa..
Tetapi apa?

Kalah dan menang adat perlawanan..
Adik aku mampu berkata begitu..
Moyang aku sering berpesan begitu..
Para ilmuwan juga tidak jemu-jemu berkata begitu..
Malam itu,
kita kecundang...kepada para pemenang...

Namun..
Mengapa perlu ada rasa gundah di hati..
Ini adalah takdir daripada Illahi..
Kita diuji...bukan untuk merubah hati..
Bukan untuk dengki mendengki..
Bukan untuk saling menuding jari..
Apatah lagi caci mencaci..
Jauhkan itu dari nurani jiwamu..
Mungkin sukar kerna kita ini manusiawi..

Aku buntu..
Terus berteleku...merenung jauh...
Perjalanan ini masih panjang..
Kita sering diperhatikan..
Kita pernah digeruni..menjadi cabaran buat mereka..
Ada yang perihatin..(ramai)
Ada yang tulus membantu....(terima kasih)
Ada yang bersembunyi setelah bersalah dalam diri..(siapa?)
Ada yang cuba mengambil kesempatan....(nauzubillah)...
maka sedarlah......



Epilog..
21 Februari (9.00 malam)..
Tahniah kepada semua pemenang Festival Nasyid (FINAS) 2009..
Tahniah juga kepada rakan-rakan budak kampung kerana telah berjuang sebaik mungkin..
Komitmen dan kerjasama anda amat berharga ibarat permata..
Kekalkan jalinan ini biar kukuh selamanya..
Terima kasih kepada yang perihatin...
Terima kasih kepada yang membantu..
Terima kasih kepada yang bertanya khabar..
Terima kasih kepada yang berkongsi cerita..
Terima kasih cinta..
Terima kasih buat semua...

Syukur ku..
Sujud ku..
Tetap pada yang Esa..

Wednesday, February 18, 2009

Sekadar MenjeNgah DaN MeNjeNguk



Huwaaahhhhhh..huwahhhh....
Mmg agak lama jugak la budak kampung x update blog ni...
Bukan ape..
Kerana diri sngt sibuk dengan hal ehwal semasa...
Mengejar nikmat dunia...
Demi kesejahteraan dan kesenangan makhluk bergelar manusia..
Sehingga membuaatkan budak kampung alpa..
Lupa..leka...dan akhirnya merasa kecewa
dan mungkin duka..
Namun budak kampung tetap tabahkan hati kerana itu hanya cabaran di bumi yg sekadar persinggahan semata..

Tetttt..
Hebat plak aku nak bermadah kat atas tu..
Hurrmm..post kali ni sekadat menjengah..sahaje...

Selasa, 17 Februari (5.30 ptg)..
Waktu ni budak kampung ada kelas ko-k (kokurikulum la)..
Kelas melukis...haaaaa..so, ini la hasil lukisan yg terhasil.
Ngeee..budak kampung disuruh dan dipaksa utk melukis gmbar potret..
actually..budak kampung mmg suka melukis..
tp tak pndai la plak budak kampung nak melukis muka2 manusia bertopengkan manusia ni..
(apa yg aku merepek ni)....

Haaa...gmbar kat bawah ni, member budak kampung yg buat....
Amacam...cantik dan abstrak tak...
tak tau la knape tetiba tengkorak mamat ni berubah bila dah dilukis atas kertas..
Kertas ni senget ke... tak pun org yg lukis ni ada masalah penglihatan n tak bleyh bezakan keseimbangan..tettt.. Dah macam muka pesakit symdrown down plak budak kampung tengok..
Huhuhu..sory ye..
Huurrrmm..mmg mcm2 jenis potret dah terhasil ptg tu.. Ada yang cantik..Ada yg menarik..
Ada yang mcm taik..
Ada jugak yang tak dpt dikenalpasti sama ada manusia, alien atau binatang...
tettttt..mmg lawak giler la bila difikirkan balik..

Haaa..lukisan paling atas tu, budak kampung yg lukis... (tetiba kat atas la plak kann)..
Amacam..menarik tak...hhuuuu..tu baru skit..
Kalo aku buat betul..mesti muka mamat ni dah tak mcm manusia lg,...ngeee..


Potret kat bawah ni plak...member budak kampung gak yg lukis..
member yg lagi sorg...dia ni nmpak mcm ada bakat tp biase je..
Cuba try teka..muka sape kat bawah ni..
Tetttt..benda ni biarlah jadi persoalan..
Kepada sape yg tau sape kat bawah ni..buat2 senyap2 je la ye..
hahahahaaaaa.....


hhohohooo.....budak kampung pun dah tau nak bagi komen lebih2.....just nak wish tahniah kpd rakan2 sekelas budak kampung yg berjaya menghasilkan potret rakan masing2..
Anda semua mmg berbakat..tapi perlu diasah dgn pengasah yg sangat tajam.....
Kepada yg ngah view blog ni..
anad bleyh la praktis lukis potret ye..tp lukis gmbar sendiri la..
jgn amik risiko lukis gmbar org lain...coz takut plak muka dia dah xde rupa manusia..
tettttt...
Korg bleyh je bg komen kat gmbar2 kitoarg ni.....huhuhuu...

Saturday, February 14, 2009

Irama Bergelar Umat....

-hidup memang indah,klakar,tapi malu ..memang orang kita ni mcm2 ...tapi kali ini jadi hamba kepada retorik saejarah kuno yg confrim leh jd artifak...BB,KLCC,Pavi,Times n mane2 yang xptt jd tempat meraikan...bagi AKU arini juz nrmal day ... sebab manusia hidup demi hari depan bukan hidup meraikan hari hari...juz take that as reason ..mcm2 lagi di mase dunia yang mcm buah durian ni .-

melankolik
safar februari
mungkin momentum sama tapi variasi berbeda
orang india cina melayu
jasad manusia hati tepat berbeza

penuh manusia padat sesak berbau
entah mereka tuju
mungkin niat sama tapi laluan jelas berbeza
lebih tepat niat nampak kabur tapi terlibat dengan laluan

sibuk nampak jualan tepian
ghairah taksub si pembeli
melayu rambut karat
melayu ketat-ketat imej
cina india begitu laluan mereka

maka terjadilah lagi satu palitan terhadap Umat
merah
hitam
maka bertuhankan patung-patung dakapan tidur

lupakahkah Umat
malukah Umat
butakah Umat
malukah menjadi Umat ?

kerana segala datang dari Pencipta
bukan dari jualan tepian
bukan dari patungan
bukan dari mimpi tidur

bahawa momentum
bahawa jalan
hanya buatan tangan manusia
ia berbeza dan memalukan

tapi jalan Pencipta
momentum Pencipta
hala tuju kearah Pencipta
adalah harapan Pencinta.

tribute to all people who die ,coz they got chance to escape this day.
by-ROH

Friday, February 13, 2009

Puisi AKU Dan KamU?

-Kumpulan Kurnia-

hohohohoo..rajin plak aku nak post news yg baru..
hakikatnya hidup aku skunk ni ngah tunggang langgang dgn mcm2 masalah..
mcm2 karenah...mcm2 jadah..
sampai dah tak tahan,,,,mcm nak beralah..
tapi budak Kampung stil nak berkongsi sejarah dgn korg sume....
ngeeee....
tentang aku dan kamu........


HUraian CERita....
Aku Dan Kamu???..
hurrmmm..isu kali ni budak kampung nak share experience budak kampung time join pertandingan puisi dayasari (PPD) kat Fith colege....TEma Aku dan Kamu..
budak kampung tak join..tapi junior2 tersayang budak kampung yang duk kat za'ba skunk ni la yg join...diorg mmg ada bakat...ngeee..
mmg ramai gak la kenalan budak kampung time pertandingan tuhh..semua yg join benda tu mmg bagi saingan yg agak sengit... Tapi budak kampung agak terkezut hati bila pemuisi UM pun join gak...dia tu dah kira mcm pro, so bagi la chance kat muka2 baru yang baru nak menonjol ni kann....
so, tak heran la kalo dia menang time tu.... Mybe dia dah terdesak nak join kowt..
terdesak nak cari duit poket.....huhuhuhuuu..
Sape org tu?..korg bukan kenal pun kalo aku bg tau..
yg pasti dia pengerusi kelab orator UM sesi ni..
pertandingan tu ada 7 org peserta....1 peserta secara berkumpulann...
kumpulan Kurnia dari kolej kediaman Za'ba.. (gandingan JOHN-Khai-EcHah)....
tettt..


PenCeritaan....
pertandingan tu wat kat Fifth College....petang jumaat (13 Feb 2009).....
kat lobi dewan je kann..tapi nmpak klasik dan santai je..
peserta diber masa minimum 5 minute utk berpuisi..tapi budak kampung nmpak semua pemuisi amik masa tak smpai 5 minit pun..sekejap je..
mybe tak cukup persediaan kowt... hhuhuhuuuu....
korg mesti nak tau ape yg berlaku time pertandingan..
yaa..mcm2 gelagat pelik pemuisi yg budak kampung tengok..
sampai ada yg bersilat time tngah pemuisi..
ada yg tengok skrip dari mula sampai habis....
ada yg pakai baju tshirt ala2 hiphop...
ada yg pakai jeans berbaju melayu...
ada yg pakai kasut tidak bersarung kaki..
ada yang pinjam baju penyanyi nasyid....
ada yang....arrgghhh mmg bnyk la aksi n benda yg lucu time pertandingan tuu..
tapi budak kampung xnak komen lebih2 bcoz mybe sume tu dah jadi trend hidup pemuisi tu..



Penghujahan...
hohhoooo..walaupun kumpulan junior budak kampung (kumpulan Kurnia) x menang...
tp budak kampung mmg bangga dgn diorg...
diorg berani meredah ombak cabaran....
diorg just prepair tak sampai 24 hours utk pertandingan tu...buat sajak n hafal sajak tu...
even persembahan kumpulan Kurnia agak hambar...tapi korg berjaya lakukan yg terbaik...
jgn la nak bersedeyh...
at least korg dapat gak la sijil penyertaan..tettttt....
di kesempatan ini..budak kampung nak wish thniah kpd yg menang..yg tak berjaya...
anda tetap juara dari kalangan pelajar Universiti malaya...
teruskanlah perjuangn memartabatkan puisi ini...
puisi itu indah..mmapu merubah..
mampu membuat hatiku gundah...
huhuhuuuu..ape yg aku merepek ni....


Penggulungan..
apabila membicarakan tentang tema Aku dan Kamu..
pelbagai persoaln timbul dalm benak budak kampung..
persoaln cinta dan kasih sayang..aku dan kamu bolehh dikaitkan dengan pasangan kekasih atau hubungan kekeluargaan..
persoalan keamanan dan agama..aku dan kamu ada kesinambungan dengan isu perang yang berlaku sekarang..serta dapat dikaitkan antara kita dah kekasih Illahi...
persoalan persahabatan..aku dan kamu mmg wajar dikaitkan dgn kita dan teman tersayang...
So, mmg wajar tema aku dan kamu ni menjadi pilihan,.....
Ringkas namun membawa seribu pengertian...

TraUMa UM 2009??

SElamat bertemu kembali....
setelah x samapi tiga hari berlalu..
kini berta baru menanti untuk dibaca...
korg kat luar sana pasti tertanya-tanya kan..
TrauMa UM 2009?
ape tuhh..?

isu kali ni agak berat la..
lebih tragis..
penuh dengan kontroversi..
diselit dengan seribu satu emosi..
berbaur dengan nasi yang dah basi...
yang pergi takkan kembali..
mati itu pasti..
hidup belum tentu..
anyway, benda ni mmg benar2 berlaku kat UM..

bukan isu hantu mahupun isu haiwan ternakan.. tapi isu manusia yang kejar nikmat dunia...tak ingat org tersayang...hanya ingat hidup nak senang..
So, mari kita terjah bersam-sama...

Prolog...
waktu petang..pukul 4.40 ptg (13 feb 2009)
Kisah ni bermula....semasa budak kampung baru Habis menyertai Pertandingan puisi dayasari Kat Fith kolej Um....tp budak kampung tak join..
junior2 budak kampung yg duk kat Za'ba skunk ni la... Diorg tu ada bakat besar dalm bidang nihh...tapi amik masa yg agak lama la nak polish bakat tuhh..
anyway, budak kampung xnak citer psal bab ni..
kita berbalik kpd isu hidup dan mati sebentar td ye..
arrgghhh..aku ni asyik merapu je la...
ok...semasa dlm perjalanan ke arah parking keta5th college yang menempatkan sebuah keta mercz hitam kat situ..nun di keheningan jauh, budak kampung dan rakan2 dapat menyaksikan satu kemalangan yang agak dahsyat kat depan institut Asia Eropah kat depan 12th college tu la...
so, isu kali ni bout trauma accident yang already berlaku dal 2009..



PErmulaan...
budak Kampung harap sangat rakan2 yg ngah view blog ni..
dapat baca plot citer ni dgn hati..yang buruk buang jauh2 ke dasar laut atau bakar sampai jadi abu dan biarkan ditiup angin..yang baik plak tolong tanam dalam kepala otak korg..aplikasi dalam kehidupann..tettt..
ehh,,apsal mcm puitis pelik je ayat aku kali ni.. Hurmm..mybe dan terpengaruh dgn ayat2 puisi2 kowt..huhuhuu.

ok..
bila budak kampung g tengok tempat kejadian tu..budak kampung amat terkejut..bcoz acident tu agak tragis la memperlihatkan sebuah my-v hitam berlanggar dari sudut bertentangan dengan keta suzuki switf hitam gakk (betul ke spelling aku nihhh???)...
hurrmm..secara ringkasnya..dua keta yang berjiwa hitam dah tersadai kat tepi jalan la..
mmg teruk la both keta tu.. tak percaya?
hahaaa..tengok la kat bawah ni,,,budak kampung x suka bawak2 gosip x betul ni k..
kesian plak budak kampung tengok owner keta tu...sedeyh mengenang nasib keta yang elegant dan fantastik tu..kononnya la....
Yang pasti...both pemandu tu dah berjaya dihantar kat ppum...cedera parah agaknye..akibat ada kesan darah...ngeee...
time tu la...geng pak2 pngawal UM tunjuk hero..redhakan keadaan..control jalan..elakkan kesesakan..tapi mmg sesak giler waktu tu..
bgus btul diorg ni... (hari tu je kowt..)...

Nasi dah jadi bubur bang.....

Papepun...nasi dah jadi bubur.. Bubur tu plak tunggu mase nak basi.. kalo dah basi, better campak je dalam tong sampah betul tak.....

PloT Cerita TraUMA..
hasil siasat budak kampung..bajet reporter la time tu..ngeeee...
pemandu suzuki tu rasenye mcm bowling player coz ada bertimbun2 kasut bowling dlm keta dia tuhh..(hiperbola plak aku nihh..)
tapi x nampak la plak bola bowling..mybe dah tercampak masuk dalam hutan kowt..tak pun dia bawak skali g ppum... tetttt
so, budak kampung nak jd detektif conan jap wat analisis pasal accident tu...
mybe driver suzuki ni memandu laju nak g main bowling kat the curve or dia dah kalah bowling sukmum baru2 ni n try nak wat cubaan bunuh diri..tetttt..
tp itu just hipotesis je..tak tau la betul ke tak...

Haa...mesti korg tertanya2 plak psal driver my-v hitam tu kan..
actually, keta my-v tu keta cousin dia..dia pinjam dari cousin dia yg duk kat 12th college tu... Bila dah dapt keta yang cantik tu..mybe dia pun jadi gila dunia la wat seketika..
kenapa seketiak?...
because..selang tak sampi 10 minit berlalu...Booooommmmm!!!!
accident berlaku kat depan 12th tu..mmg dahsyat... Kesian kat owner keta my-v tu... Nyesal dia bagi pinjam kat cousin dia yang tak guna tu kann... tak sampai 10 minit bagi pinjam..keta tu dah jadi celaka yang amat.....huhhh..

So, budak kampung try wat dua hipotesis yang agak jadah which is how this bad Traumatic accident's happened???..
First, driver suzuki tu drive laju coz ada hal pasal bowling...mybe dia dah makan jalan org sebelah sana yg bertentangan dgn dia....dan akhirnya berjaya berlanggar n hasilkan bunyi bom yang kuat.....lebih kuat dari kentut korg tapi tak sebusuk benda alah tu....
Secodly, mybe driver my-v tu rasa dah bebas dapat keta cousin dia,,,jadi lupa dunia seketika,,,n drives sekuat hati mcm kena kejar babi...tpi khirnya terbabas di medan kebebasan..
Hahahahaa..tak tau la teory mane yg bleyh pakai...or mybe both driver tu ngah pakai hd set yg mahal time drive kowt....ngah cakap dgn awek diaorg..hihihihhiii..

Haa...mcm tu la kisahnya....pelanggaran secara bertentangn kat area selekoh d tempat kjdian myebabkan both keta berpusing n lalu tersadai dengan kemas kat bahu jalan.... Huhhhh...
Keta tu mmg kemik agak teruk la.. Budak Kampung mmg bnyk amik gmbar d tempat kejadian tp x bleyh letak semua coz nak jaga privacy kes org lain...


suzuki yang dah kemik kat depan...


Penyelesaian...
owner keta my-v tu hantar keta dia kat bengkel by keta penunda a.....
keta suzuki tu pun turut ditarik ke bengkel. Takkan nak wat khazanah kat umah plak kann..
semua org yg terlibat tu pun, g settle kes kat balai polis...
anyway, budak kampung nak timbulkan persoalan...siapa yg perlu dipersahkan?
kereta?
jalan sempit?
pak pengawal UM?
naib canselor?
syaitan?
huurrrrmmm x kisah la ape2 pun jawapannya..budaK kampung berpendapat benda ni berlaku coz jalan kat area tu mmg agak sempit..
kat selekoh plak tuhhhh...
so, mmg ada kemungkinan akan berlaku accident especially for those yg baru masuk UM..mcm rusa masuk kampung la..main terjah je..
so, budak kampung harap sangat...pihak UM dpt lakukan sesuatu..
jgn tunggu dah terhantuk sampai berdarah..baru nak terngadah.


Penutup...
huhhhh...kesian kat diorg kann...'
muda2 lagi dah accident.....tp bgus gak la sebagai experience dlm hidup..
so, budak kampung nak advice kat korg....jgn la lupa diri...
ingat, mati itu pasti, hidup belum tentu.. Mcm2 hal berlaku..bermula dengan pertandingan puisi, akhiri dengan tragedi...

hurmm..budak kampung pun dah buntu idea ni..tak tau nak taip pe lg..
tapi secara reality....ni la lumrah hidup m'sia skunk...

Tuesday, February 10, 2009

Jangan LupA Diri...

Let's imagine


Hurrrmmmmm...........

Memang gembira..
budak kampung pun agak riang..
Girang..

Knape?....Mana taknya.. wireless kat KoleJ Za'ba Um ni dah ok setelah hampir tak sampai seribu tahun menanti nikmat dunia ni datang kat kita...
Tapi, ada satu hikayat budak kampung nak share dgn korg kat luar sana bout nikmat dunia ni..
tanpa budak kampung sedari manusia boleh dikuasai nafsu bermain wireless sampai jiwa tak keruan...sampai lupa nak makan....sampai boleh jadi gila seketika..
tapi tak boleh la sampai SyurGa..
Tetttt...
So, jom kita terjah isu dunia ni secara maya..



PERmULaan..
Dalam era modenisasi kini, memang budak kampung tak dpt nafikan begitu bnyk anjakan paradigma telah dicapai manusia ke arah yang lebih maju semata-mata ingin menikmati kesenangan dan kemewahan hidup di dunia... Perkara ini dpt dilihat secara terus berdasarkan pencapaian manusia dalam dunia teknologi perhubungan maya..
istilah maklumat di hujung jari sudah tidak asing lagi dari kotak pemikiran mereka.. Semua inginkan kemudahan sehinggakan seandainya boleh, mereka mahu lepak sahaja di rumah tanpa melaksanakan sebarang kerja...
Perkara ni mungkin lebih parah sekiranya pencapaian dalam aspek teknologi ini terus dikecap sehingga menjadi macam dunia dalam Movie Fiction Wall-E..



PenCERItaaN..
Hohohooo..dah mcm rencana plak aku wat utk intro kat atas tu.. Apa la yg aku merepek ni..
Budak KampUng tak mcm tu la.. Kita just lepak2 n santai2 je baca blog Ni ye..
Isi wireless ni mmg ramai malas nak ulas or amik tau.. knape? Of cos la sebab diorg dah dpt apa yg diorg mahukan selama ni.. Jaringan hubungan tanpa sempadan dah bermula..
Kalo xde nikmat dunia ni.. Korg pun x dpt la nak view Blog BudaK KampUng betul tak..

Actually, budak kampung dah menerima Tempias yg amat dahsyat dgn kewujudan wireless ni kat tempat Budak KaMpung tinggal skunk ni..
Budak Kampung dah mula lalai tentang kehidupan dunia... Jadi gila.. Lupa pada kebajikan semasa.. Lupa nak basuh muka.. hahhhaahaa..
Knape? Kisahnya bermula apabila esoknya buDaka KampUng ada test yang agak susah.. so, stay up la sampai kesuntukan subuh.. Sampai sepertiga malam..

Tapi sayang.. Study entah kemana, nota entah di mana.... BudaK KamPung lebih bnyk mengadap lbtop.. menekan Papan Kekunci..menaip sesuatu..menggerakkan cursor utk klik button "Download Now"...
tak paham ke?..malam tu BudaK KamPung busy download mcm2 benda...cos laju plak aku nak dapatkan apa yg buDak Kampung nak selama ni..
benda tu x penting sngt pun.....sekadar Hiburan Dunia manusia semata2...
Hurrmm sedeyh plak budaK kampuNg bila ingtkan balik kesengalan diri sendiri....
nasi dah jadi bubur.. test aku pagi tu pun dah hancur lebur..

So kepada kawan2 kat luar sana..jgn la terlampau asyik sangat dgn kemudahan wireless ni....
gunakanlah sebaik mungkin...guna utk kepentingan benda2 yg penting dan bukan benda yang buat korg pening..


Penutup...
Berhatil-hatTilah dengan perangkap dunia..
ibarat jerangkap samar..
Nampak macam pudar..
Tapi dah makin membakar..
Maka, beringatlah selalu..
semua ni milik Illahi..
Syukuri nikmat yg dikecap..
usap jadi seorang pelahap..

Monday, February 9, 2009

MAZ dah HampiR ke???


Hahahhaaaa....

Skunk ni Budak kampung nak share pendapat n alasan dgn warga kolej za'ba UM je..
bukan warga dewan..
bukan warga kurshiah mahupun warga tua..
ngeee...
Knape? of cos la psal isues kat za'ba..
isu kerghh???...

Prolog..
Mcm biase la..blog budak kampung mesyi ada prolog diikuti isi, huraian, rangkaian. dan diakhiri dgn penyelesaian.. Arrghhh...ape budak kampung cakap ni?.. aku pun tak paham..
hahaha...kepada warga za'ba yg ngah view blog ni, korg sedar tak ape yg sedang berlalu n ape yg sedang menanti anda...
haha..masa sedang berlalu dan kini MAZ (Malam Anugerah Za'ba) yang dtunggu... kpd yg dah biase celebrate, mesti dah bosan..tp yg masih muda tu mesti beriya2 kann..
Tema?.. Budak Kampung dpt tau tema kali ini psal Flora n Fauna..
Ntah la.maybe ada bnyk unsur2 haiwan n tumbuhan la tu..hihihii...

Penghujahan...
Dalam kesibukan manusia mengejar dunia ni la, tanpa budak kampung sedari dah ramai geng warga za'ba skunk ni sibuk jugak dgn MAZ diorg ni la...masing2 sibuk mengejar sale, kedai baju murahan, tailor razali kat bangsar tu pun ade..termasuk la jugak nak g first lady, kamdar dan sebagainya.. TEttttt...
Kenape? Ape lagi..nak bergaya utk mlm tu la..nak puaskan hati.. Nak jadi Diva utk satu Malm.. Hurrmmmcm2 gelagat manusia kita dpt tengok time MAZ ari tu... Bila bercakap psal tema flora fauna ni, budak kampung sometimes bnyk kali gak la terfikir..mcm mane nak bergaye ikut tema tu?...
Nak kena pakai cengkerang siput kat kepala ke?
Nak kena cari baju kulit rimau or kulit kayu kerrgghhh?
Nak kena guna bunga ke kat kepala?
Nak bawak haiwan peliharaan masuk ballroom majlis ke..hurmm mcm akuarium, hamster, hedgehoge?
Tak pun kitaorg akn dapat siput babi or lintah sbg doorgift... Tetttt...
Hohoho..pening plak budak kampung nak pikir.. Anyway, budak kampung rasa korg just pkai tema bebas je malm tu,, Asalkan ad la skit corak2 fauna n flora tu.. Baju batik tahun lepas pun
dah cantik kannn...


Issues..
hahahaa..isu kali ni mudah je..pasal pakain budak kampung la... Budak kampung dah pikir nak pkai bju ape malam tu.. Tp harap2 dapat cari la kat kedai..
dalm bajet harian yg ada, budak kampung nak pakai baju kulit buaya je.. bnyk sgt buaya kat belakang umah tu..better tangkap dua tiga ekor amik kulit makhluk tu..
tak pun tgkap je monyet2 kat za'ba...buat baju sejuk time majlis tu.. hahahahaa..
Lawak je..
Tapi budak kampung nak cuba dressup ala2 gothic malm tu..
Purple n black..then, ada sekor labah2 gergasi kat atas kepala..
Hihoho..mesti diva la aku malam tu..lagipun aku dah x jadi emcee lg..
lapang dada ni....
Tapi budak kampung kesian plak bila pikirkan psal rakan2 kita yang kena handle majlis malam tu..tak menang punggung diorg nak duduk..kena berdiri la memanjang kowt..
So, korg tak perlu paki baju over sangat..besa2 sudah except yg ja emcee mlm tu la...


Penutup..
tu je la alasan n penyelesainnya...
MAZ dan Baju anda..
kepada yang terasa..Budak Kampung minta maaf ye..
kalo ada masalh tentang baju ni...contact je budak kampung..
By email la...

Friday, February 6, 2009

CataTan hari seMalam (5-02-2009)


Team Permata Za'ba


Team al-Mukhsinin

Hurmmm.....memang dah lame x view blog aku nihh..

aku tau..mmg ramai kat luar sane xtau n x kenal siapa aku.. anyway aku mmg buDak Kampung..
catatan hari ni cukup ringkas n mudah...
catatan hari ni berkaitan dgn hal dunia yg mgkin mnjadi krisis berpnjangn..
catatan hari ni aku khaskan kpd member2 aku dari team nasyid permata..
catatan hari ni adalah umum dan buka 18SG atau 18PL..
so, baca je la catatan hari ini..
catatan hari semalam..

PrOloG
aku baru je abih menyertai pertandingan nasyid sempena Festival Seni Tun hussein Onn (FESSAT) 2009 kat UKM... 14 team nasyid yg join pertandingan ni..samaada frm ipt smpaila geng2 budak sekolah.. Harmoni la sngt malam tu... Hakim@juri? Diaorg adalh ustaz dari smap kajang, ahli kump nice dan pensyarah UKM sendiri.. Tetttt.. Pertandingan dibuat sebelah malam hari khamis mlam jumaat (5 hb feb)... Ramai giler yang datang tengok.. Well festival la katakan.. hhhuuu..korg faham kot.. UM hantar 2 team utk bertanding... sape? Team aku dgn cahaya gemilang (12th colege)

Hal Satu..
Pertandingan pun bermula mcm biasa... Hohohooo..persembahan team aku agak tidak memuaskan.. ada masalah teknikal suara... maslah teknikal bunyi dan juga pendengaran.. Step n gaya yg kami agung-agungkan selama ni pun berterabur skit la.. So, aku sebagai buDak kampung, mmg x puas hati dgn persembahan sndiri malam tu.. tapi budak kampung paling sakit hati bila ada sorg juri tu dgn senang hati je belah dari meja dia bila kitaorg ngah perform.. Hurrmm mmg x patut...mmg x patut jd juri malam tu..
Haa...pe citer pulak dgn cahaya gemilang?.. Hurrmm..team ni bnyk gak la wat problem malam tu.. Tetiba je CD minus one diorg rosak.. CD cetak ROMPAK kowt.. Ngeeee...
Anyway, diorg mmg dah perform yg terbaik malam tu.. lagu pun best.. Mak ske....
hohoho...
Paling lawak mlm ni....ada tiga group bawak lagu yg same.. Lagu Analisa.. ntah, aku pun x pernah dgr lagu tu... Mcm popular tapi best gak la... Team2 yg bertanding mlm ni xde la bagi cabaran yang sengit sngt.. Besa2 je kalo nak compare dgn MAKUM ari tu...

Keputusan..
Seperti yg dijgkakan... Team cahaya gemilang yg menang.. Tapi ada gosip yg sibuk ckp team ni x layak menang.. tapi disebabkan ada unsur belas kasihan dalam naluri manusia, so diorg dapat la wat kali kedua berturut2 title johan tu..
Hurmm..budak kampung dapat tau, team diorg ni demand lebih,, nak tu la.. nak ni la... Huuuhh..nyampah budak kampung dengar... Anyway, budak kampung nak wish tahniah gak la kat diorg... Kpd member2 budak kampung yg bertanding malam tu..Tahniah gak ye even kita x menang tp at least dpt perform sebaik mungkin...

Issues...
Haaaa...benda ni la budak kampung nak share dgn korg... hahhaaa...ada sorg makhluk tu.. Bekas team budak kampung gak.. kitaorg pernah jd kwn waktu zaman2 dulu..tp skunk ni stil kwn lg tp mcm manusia dgn tuuttt la.. (Boleh berjumpa tp x boleh berinteraksi)..
Hurrmm..isu besar bila si makhluk ni dgn slumber je join group yg jadi johan malm tu.. Dia x inform kat kitorg.. tetiba dah join group tu.. hina sgnt ke kami ni.. at least bagi la skit support n information.. Dulu ckp lain, skunk ni pun dah jadi lain...
sedeyh gak la budak kampung bila dpt tau psal tindakan makhluk ni...
Ape? Siape makhluk tu? Terus jadi rahsia....


Huuuhhh.lepas gak la...beban dalam jiwa ni..
setakat ni je la catatan hari ni..
catatan semalam


MeseJ: Jadikanlan diri anda yang terbaik agar dipandang baik oleh org2 yang baik..

Lihat ini Juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...