Friday, January 30, 2009

KeGanaSan IsraeL



1.5 juta penduduk di Gaza, salah satu wilayah yang padat dengan penghuninya di dunia.

675 000 atau 40% daripda penduduk di Gaza berumur di bawah 14 tahun.

900 000 penduduk dikatakan tidak mempunyai pekerjaan.

RM2 156 adalah pendapatan per kapita tahunan Gaza.

770 penduduk terbunuh manakala 3250 sama ada cedera parah dalam tempoh dua minggu Israel melancar serangan ke atas Gaza mulai 27 Disember 2008.

300 lebih kanak-kanak yang tidak berdosa dianggarkan terbunuh dalam tempoh dua minggu sejak 27 Disember 2008.

275 maut manakala 600 cedera dalam tempoh 5 minit pertama serangan udara Israel ke atas Gaza 27 Disember 2008.

185 dan lebih orang awam dibunuh beramai-ramai secara kejam pada Selasa 6 Januari 2009.

250 lebih serangan udara Israel dilakukan dalam masa 24 jam pertama.

11 masjid di wilayah Gaza musnah.

50 kanak-kanak yang sedang belajar di 3 sekolah milik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terkorban akibat serangan udara Israel.

(Fakta diperoleh daripada Majalah Milenia Muslim Februari 2009)

Apakah tindakan anda selepas membaca artikel in? MemboikoT? Berdoa? Berdiam diri? Sekadar baca menambah pengetahuan am semata? Bercerita kepada rakan-rakan? Berdoa demi keamanan dunia?

Renungkanlah......

Suara pemikir untuk tatapan anda.....

Thursday, January 29, 2009

dauN


Daun itu hijau warnanya.......
Daun itu jingga rupanya...
Daun itu pudar indahya...
Daun itu hitam tiada cela...

Itu daun apa?
itu bukan daun...

Itu bunga..
Tapi bukan hitam..

Itu batang...
Tapi bukan jingga..

Itu akar..
Tapi tidak pudar..

Itu lah kehidupan...
Sehijau daun..
Lalu pudar..
Menjadi jingga..
Hingga hitam.
Menanti saat gugur...

Aku tidak mengerti...
Engkau belum pasti..
Daun....

Lihat ini Juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...